Thursday, June 18, 2015

Puasa Pertama- Hampir Kecundang

Assalamualaikum...

Salam Satu Ramadhan..
Alhamdulillah berjaya juga menghabiskan satu hari untuk hari pertama puasa ni. Ayat dah macam budak empat tahun berjaya berpuasa sampai waktu berbuka gamaknya.. Ish ish ishh

Hampir kecundang bila lewat petang. Hati berbelah bagi samada nak buat menu soto nasi bersama bergedil atau roti jala. Kejap keluarkan ayam, lima minit lepas tu simpan semula dan keluarkan daging pula. Dah dua tiga kali ulang alik baru buat keputusan nak buat roti jala saja memandangkan badan dah lembik akibat baby Ariz asik nak menyusu tak sudah- sudah dan dia takmo susu frozen.

Dugaan apakah???
Selama ni, dalam sehari paling tidak mesti LM suakan dia susu frozen. Tapi hari ni dia memang takmo sampai menangis meronta- ronta. Tak sampai hati tengok dia meraung LM terus dakap dan bagi direct sajalah. Lama- lama terlelap sampai lah dekat nak asar baru bangkit dari perbaringan.

Nak buat kari risau baby Ariz buat hal. Makanya buatlah roti jala dulu. Kalau berjaya baru buat kari( haha.. Pelik je kan?)

Maraton buat dalam 1/2 kilo tepung je pun. Buat dua kuali terus.. Konon nak cepat siap. Terkejar-kejar la pulak nak menebar dan menggulung. Siap menebar terus buat kari daging. Belum sempat kari masak dah nampak bintang kejora. Kepala dah pening, peluh dah menyimbah- nyimbah. Mula rasa kaki tak pijak bumi dan dah gelap mata. Cepat- cepat duduk risau pitam rebah tak pasal- pasal batal puasa. Makin lama semakin tak larat.. Jam dah pukul 6 petang. Terus rebus longan kering(milk booster) dan matikan kari( tak masak betul lagi sebenarnya) terus mandi.

Ayah pun balik, dia lah yang sambung masak kari.. Ummi tersadai melepek baring kat dapur sementara si kakak sulung tolong buatkan air longan dan teh bunga kekwa untuk berbuka nanti. Terkial- kial la anak dara tu mengetuk bongkah ais .. Hihihi. Ayah pula gigih buat roti john.. Alhamdulillah meriah juga menu ringkan untuk kami berbuka puasa tadi. Walau tak mewah tapi cukup enak malah anak- anak berselera berbuka puasa. 

Baby pun kakak yang tolong mandikan dan pakaikan baju. Ummi betul- betul melepek. Esok, lusa.. Camnelah gayanya. Pelik juga.. Kenapa tiba- tiba dia takmo susu frozen? Selama ni okey je.. 

www.tips-fb.com

3 comments:

Diana Rashid said...Reply To This Comment

Untung nya ada pembantu ramai..kakak pun dah besar boleh bantu Ummi..

Kakzakie said...Reply To This Comment

Buat kerja terkocoh-kacah dan sibuk itulah buat jadi nak pitam tu dik. Apa lagi perut kan kosong. Ujian berganda ganjaran pun berganda insya-allah..

Mummydearie said...Reply To This Comment

Dugaan tu LM. Baby Ariz nak tahu mamanya mampu puasa habis ke tidak :)

Dah kalau terkejar-kejar buat kerja sendirian, manalah tak pitam. Saya yang takda baby ni pun selalu aje rasa nak 'pitam' kalau sambil buat kerja rumah sambil kena melayan kerenah anak.

Untung ada suami boleh sambung masak. Untung juga anak-anak perempuan dah boleh diharapkan.

Takpa LM. Walaupun diduga, kita berazam buat yang terbaik ya ~_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...