Thursday, June 4, 2015

Stok Susu Frozen

Assalamualaikum..

Salam khamis. Salam dari dunia kesibukan. Rutin bermula dengan menyediakan bekalan kakak untuk ke tuisyen sekolah, siapkan minuman dia dan sarapan dia. Bebel sikit surih cepat..bla bla bla..(ummi memang kuat bebel).

Susukan si budak debab. Alhamdulillah ayah offer nak belikan sarapan pagi, yeayy ummi tak payah buat sarapan. Nasi lebih semalam pun sikit sangat nak digoreng untuk seisi keluarga. Makanya bermalasan menyusukan baby Ariz sampailah dia terlena semua.

Nanah dah tak mengisi balik dan bila pump susu untuk kumpul stok susu pun dah tak keluar darah. Kalau aritu lama sikit je pump pula keluar darah. Tapi sekarang ni dah tak berdarah dah. Masih menyusukan baby Ariz sebelah kiri saja, sebelah kanan cuma pump dan bagi dia melalui botol. Syukur lah dia mau isap pakai botol, tak banyak kerenah. Dengan saiz badan dia dan umurnya 3 bln 1 minggu tu dia menyusu 2.5oz . Makanya stok susu yang disimpan setiap bekas tu LM cuma letak 2.5oz saja. Ngam ngam untuk sekali minum. Nanti seminggu lagi baru buat 3oz tiap bekas kot.

Kenapa la orang tak berkerjaya hebat ni buat stok susu frozen?
- memang sejak anak sulong LM buat stok susu, cumanya anak yang lain dulu tak la segigih ini. Kali ni sangat berazam nak susukan anak syurga ni sampai usianya 2 tahun. Berharap sangat susu cukup dan tak perlu tambah susu formula buat baby Ariz.

-bila anak pandai isap susu pakai botol alhamdulillah sesekali ummi dia dapat masa berkualiti buat diri sendiri untuk ke saloon rambut atau buat facial. Boleh tinggal kejap untuk belai diri agar tak jadi mak lampir. Ekeke.. Sebab, baby LM memang menyusu tiap 45 minit -1 jam sekali. Makanya memang tak boleh tinggal lama.

- persediaan untuk hadapi ramadhan nanti. Ops.. Pasal kelebihan fidyah buat ibu menyusu dan hamil tak perlu kalian ingatkan. LM nak la jugak berpuasa. Dah la memang dah darang bulan , ditambah pula ponteng puasa. Terasa rugi sangat diri ni nanti. Alang- alang ada susu frozen apa lah salah nya suakan baby susu yang ada agar ummi dapat berpuasa juga

3 bulan 1 minggu..
Sejak petang kelmarin memang LM perasan baby Ariz dah mengundur ke belakang. Tup- tup pagi semalam dia turun dari tilan macam ulat gonggok bontot ternaik kemain lagi dia hulur kaki ke bawah. Patut lah selalu je dia berada luar dari tilam, dah jadik ulat gonggok rupanya. Grrrr

Tup tup pagi tadi letak depan tv dia meniarap dan pusing- pusing atas toto, boleh pulak sambil dia mengadap ayah dia dia tolak kaki dan bontot terus maju ke depan. Erk?? Bertarik????

Dua tiga kali dia buat, kalau ummi cerita mesti ayah tak percaya. Tapi sebab depan mata.. Ayah dia pun nampak anak dia si debab tu dah bertarik. Walau tak laju, cuma satu step je ke depan tapi ia tetap buat hati ummi dia berbunga gembira.

Tak payah rajin sangat buat kerja dik.. Ummi tak puas lagi gomol awak. Nanti tak puas lagi main2 dengan awak yang 'baby'. Tiap saat rindu nak gomol dia terutama bila jauh dari mata. Haish haishh kalau boleh 24 jam nak duduk depan mata mengadap dia je.

Nota kaki: rasanya minggu depan kena beli gak pump snowbear tu. masa nya telah tiba untuk bertindak lebih laju kumpul stok susu buat baby ummi ni.

Nota kaki 1:doakan kami cepat sembuh ye. Baby Ariz dah baik demam cuma selsema je tak baik lagi. Disebab kan baby tak boleh makan ubat ummi terpaksa telan vit c dan minum air banyak2. Jauhi oren(katanya buat baby banyak kahak walau kaya vit c).  Apa kata ummi je telan ubat selsema tu.. Pastu ummi yang terbongkak tido ekekeke..


www.tips-fb.com

5 comments:

Siti Rohaida Yusof said...Reply To This Comment

insya allah...moga terus dipermudahkan ye..

Kakzakie said...Reply To This Comment

Kena ada usaha gigih dan kakak nampak boleh tu kalau nak BF sampai 2 tahun. Cuma bagi hisap sebelah nanti boleh sebabkan breast besar sebelah tau dik... cepat-cepatlah sembuh dan suakan dua-dua bagi balance:)

Diana Rashid said...Reply To This Comment

Pump jangan tak pump..mudah sebenarnya bila ada stok susu ni..badan boleh berehat bila perlu..kan??

Kira Sakura said...Reply To This Comment

wahhhhh ariz dah makin maju hihihihi. cepat betoi haaaa dia buat keja hihihihi

kan kak, kira tahun lepas takde dtg period lagi alhamdulilah dapat jugak peluang posa penuh. dua tahun la kiranya. sekali masa pregnant. sekali lagi masa menyusu dlu. nak ponteng posa mmg tak la. sayangggggg sgt sebab rasa badan masih mampu menyusu, mengepam time bulan posa hihihihi

Mummydearie said...Reply To This Comment

Jangan cepat sangat melangkah ke depan Baby Ariz! Nanti ummi rindu, ummi buat lagi satu baby. Hehehe...

Alah, LM kan rajin orangnya. Saya yakin boleh aje nak BF sampai Baby Ariz 2 cukup 2 tahun. Tak kiralah apa masalah yang datang, you can do it, LM ~_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...