Wednesday, June 3, 2015

Susu Ibu-Mindset Tu Penting

Salam..

Allahu Akbar..

Sakit akibat nipple luka,bernanah.. Berdenyut-denyut buat hati pedih. Semangat untuk terus berjuang breastfeed baby Ariz tak pernah luntur tapi.. Nak sua nipple yang kanan memang tak sanggup. Cuma mampu beri yang kiri saja sebab yang tu saja tak bernanah walau ada luka

Pedih tapi takda pilihan.. Kena lah bagi direct juga. Belah kanan tu pump saja tiap 2-3 jam. Hari tu sebelum ke klinik pump cuma dapat 2 oz je. Alhamdulillah lepas ke klinik, dah pecahkan nanah tu..kurang sakit dan berdenyut dapat lah 4-5oz sekali pump. Tapi.. Bila dah memancut darah cepat2 off  pam. Takut masuk darah dalam botol.

Sekarang ni malas nak runsing- runsing.. Tak intai sangat botol tu.. Sebelah kiri bagi direct sebelah kanan pump. Otak fikir takpelah kejap lagi banyak la susu tu.. Alhamdulillah dah otak kata banyak susu yang merundum kurang tu makin banyak. Baby Ariz menyusu sejam sekali, memang kena banyak simpan susu sebab nipple kiri pun luka. Kena bagi susu frozen juga agar sempat sapu luka tu dengan ubat. Kalau tak memang tak sempat sapu ubat la bila menyusu sejam sekali.

Stress sakit bernanah sebab tu susu drop. Itu kata doktor. Baiklah..sakit pun tak anggap sakit. Boleh gitu? Haha.. Sakit oo bernanah. Ni kes nipple luka, tak bagi baby menyusu belah kanan tu semalaman. Susu tersumbat dan jadi nanah:(

Pengajarannya.. Kalau dah bengkak silalah pam ye. Takmo pump marmet je perah pakai tangan. Jangan biar tersumbat nanti diri sendiri merana.

Doakan kami bertiga cepat baik demam ye
www.tips-fb.com

7 comments:

Mummydearie said...Reply To This Comment

Bengkak dari hari tu tak baik-baik lagi ke, LM? Tak cuba bagi masuk dalam botol ke? Membayangkan pun dah terjuih mulut dok konon sakitlah sangat inikan pulak yang kena...

Kakzakie said...Reply To This Comment

Memang pam dengan anak hisap direct tak sama. Kena than hati buat sementar waktu inilah. Dah sakit sangat nak buat macam mana..

Mila Hilas said...Reply To This Comment

mcm kes kwn sy susu tersumbat mcm tu lah, smpi bengkak n keras breast dia.last2 kena operate buang nanah tu...

sy pon msa mula bb lahir nipplt crack jugak..nak sua nipple dlm mlt bb sll menjerit dlu sbb sakit..tp tabahkan ati je bg bb isap..Tuhan je tahu sakit dia mcm mn...sll sapu susu kat nipple je..

Aisy Nasiha said...Reply To This Comment

Alahai..siannya gitu.. saya doakan moga korang bertiga cepat baik ya.. moga ceria je tak ada sakit2 lagi.. mcm2 diuji ni kan..

Yaya Azura said...Reply To This Comment

alahai terbayang2 sakitnye tu..yaya tak pernah kena tp boleh bayangkan kalau nk pam dengan luka berdarah mcm tu..

Diana Rashid said...Reply To This Comment

uih..ngilu rasa bila bayang kan..untuk sementara awak tidur jangan pakai bra .bagi nipple tu kering betul2.sampai demam2 tu..ngilu bila difikir kan..

Kira Sakura said...Reply To This Comment

kak ubat paling mujarab bila nipple luka susu kita sendiri. lepas baby nyusu akak cepat2 sapu lebihan susu dekat sekitar nipple dan luka tu. bagi kena angin jap. insyaAllah berkesan. kira selalu buat cm tu. tak pernah lagi pakai ubat sebab nanti nak kena basuh balik kan. takut terlupa.

ni tukang urut tu jugak yang bagi petua. tapi katanya lebihan susu kanan sapu kt kiri. kiri sapu kat kanan. tapi kira sapu je kiri dkt kiri. kanan dkt kanan. kalau kt opis mana nak sempat kiri kanan kiri kanan tu hihihihi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...