Monday, June 29, 2015

Tak Mau Tidur

Assalamualaikum...

Bila ada baby memang banyak dugaan dan cabaran. Baby Ariz makin panjang akal. Sejak dah pandai ke depan, pandai bergolek- golek macam buah doyan ni dia makin susah nak tidur. Kalau letih sangat tidur 10-15 minit je dah bangun semula.. Huhu

Memang dia sibuk sendiri je bila bergolek sana sini tapi.. Kejap je dah tersepit oeha ayam atau betis pejal tu kat tepi sofa atau tepi almari tv. Alahai adik!

Dah berapa hari ni payahnya nak tidurkan dia time malam. Kelmarin LM bedung ketat- ketat sumbat dia dalam buai. Hahaha berjaya! Tapi malam tadi buat tak  berjaya langsung. Tengok je lah jam berdetik pukul 12.30,12.45.. 

Entah pukul berapa baru dia terlena. Kejap2 menjerit sebab ada tangan ummi, ada bantal ummi.. Haishh budak sorang ni. Bila alarm berbunyi 4.30 pagi tadi rasa macam nak sambung baring. Tapi risau pula takut tertido.

Last2 bancuh air mata pun tak boleh bukak. Berat sungguh mata ummi. Goreng ayam sampai tersengguk2 depan kuali. Mujur anak2 ni sahur ringkas2 je. Baby syok la layan tidur sampai pukul 11.30. Kejap tidur meniarap, kejap mengiring, kejap menonggeng. Geram nak geget je tau! 

Baby ariz dah 4 bulan 2 hari.. Alhamdulillah...

Ummi
Demam: berdiri lama rasa nak pitan
Batuk: banyak kahak sakit dada
Selesema: terpaksa bernafas pakai mulut dan akhirnya haus:(
Sakit sendi:nak bangun duduk pun payah.


www.tips-fb.com

4 comments:

anyss said...Reply To This Comment

Assalamualaikum,
kesiannya ummi...moga cepat sihat ya

Diana Rashid said...Reply To This Comment

awak try makan pati gulsan tu hari2 ..saya dah setahun lebih minum tu..hari2 ambik..memang tak pernah demam la..setakat selsema 2-3 hari tu ada la..tapi tak de lagi melarat sampai batuk ,demam..saya tak tau apa khasiatnya tapi dah suami suruh ,ikut je la..cuma perasan sejak minum tu saya susah nak demam..

Mummydearie said...Reply To This Comment

Saya ni bernasib baik sikit. Memang jarang nak demam. Tapi kalau sekali demam, memang terbongkang ajelah 2,3 hari tak boleh nak buat apa. Dah katanya demamkan!

LM memang ada sakit sendi ke? Saya ni sejak bersalin anak pertama terus dapat sakit sendi. Lagipun tak tahan sejuk tapi saya pulak spesies degil dan tak suka makan ubat. So, kenalah tanggung sendiri, takda siapa nak melayan kerenahnya!

Aisy Nasiha said...Reply To This Comment

Moga LM makin baik ya..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...