Friday, June 19, 2015

Terlewat

Assalamualaikum...

Hari 2 Ramadhan.

Mak aihh kami terlewat bangun pagi ni. Melompat bangun sebab terkejut sanat- sangat. Rasa macam tak percaya bila tengok jam 5.15am.

Mujurlah anak- anak memang dah cakap nak sahur dengan roti jala lebih berbuka semalam, si ayah pula kata nak makan telur mata saja bersalam nasi dan kuah kari semalam.

Makanya...
Dalam kalut-kalut makan lelaju tu anak- anak cuma bersahur dengan roti jala dan air nestum. Ummi pula nasi dan telur, serta segelas susu yang dikisar bersama kurma tiga biji dan sesudu badan.

Harap dapatlah bertahan hingga berbuka nanti. Baby Ariz macam biasalah.. Menyusu tak putus-putus. Semalam pun macam tu jugak, lepas berbuka pun menyusu muntah, menyusu lagi.. Muntah lagi. Grrr!!! Rasa nak gigit je budak montel ni. 

Nota kaki: mujur sebelum tidur bos besar dah masakkan nasi.. Niat nak buat tomyam pagi ni terkubur begitu saja. Petang ni lah kot buat tomyam sikit. 




www.tips-fb.com

3 comments:

Mummydearie said...Reply To This Comment

Saya pulak memang dah set alarm nak bangun sahur pukul 5 pagi. Dua hari ni saya jadi peneman aje kerana Hubbydearie aje yang puasa. Bubbly Abang pulak demam berserta tonsil dan alergi entah tak tahu kenapa. Rasa macam berpuasa jugalah sebab tak makan pun di siang hari.

Diana Rashid said...Reply To This Comment

la..sama la saya pun terjkejut jaga jam 5 .10..mujur la semua dah siap.tinggal buat air je kat suami..dah tidur pun lewat semalam..basuh baju sebab tak nak basuh pagi2 .. malas punya pasal last2 terlewat..hehehh

Aisy Nasiha said...Reply To This Comment

Haha.. terlewat tu macam banyak juga yang LM buat, sempat je tu. Kalau saya ni, pasti minum air dan kurma jelah.. rasa kalut kot 5.15.. sb saya jenia masak nasi segenggam masa bangun tu..saya setakat ni mmg jaga 4.30..suami yang kejutkan.. sempatla masak nasi dn panaskan sup dan goreng sikit ikan masin atau menu yang mudah.. yang lain saya panaskan je. Baby ariz tak bangun masa sahur ke?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...