Saturday, June 20, 2015

Tiga Ramadhan

Assalamualaikum..

Alhamdulillah dah tiga hari kita berpuasa. Syukur walau sedikit mencabar lalui ramadhan kali ni dengan baby Ariz yang sangat kuat menyusu tapi akhirnya berjaya juga bertahan sampai maghrib.

Mood malas melanda diri harini, maka menu berbuka sangat ringkas. 

Puasa ke tiga:
Nasi putih
Sambal paru
Ayam kicap bercili
Bakwan sayur+udang(menu indon ala2 cucur udang)
Kailan ikan masin
Sambal hijau padang.
Air laici dan milo ais

Haaa simple saja, tapi alhamdulillah laris dan nampak berselera anak2 syurga ni makan. Takpelah anak- anak, esok ummi masak istimewa sikit ye. Kebetulan hari ni tak larat sikit, bisa tulang, lembik dek sebab baby asik menyusu ditambah pula tak sahur banyak- banyak sebab sedar dah pukul 5:05 pagi tadi.

Dah dia pagi bangun lewat. Gara- gara baby Ariz menyusu hanpir tiap jap malam tadi lah ni. Huhuhu

Bila dilihat pada menu.. Makin hari makin simple menu ummi. Sian anak- anak..

Satu ramadhan
-roti jala
-Kuah kari daging + kentang
-roti john( bos besar masak)
-air longan+air teh bunga

Dua ramadhan
- nasi putih
-Tomyam
-tauhu sumbat inti ayam
-air teh bunga

Makin lama makin simple.. Tapi sebenarnya bila masak makanan yang ada lauk dan nasi ni untungnya tak perlu lagi fikir nak masak apa untuk sahur. Terus boleh dibawa ke sahur. Kalau buat mihun ke mee goreng atau mee kari ke sahur nanti kena masak lain la pulak. Takkan nak makan benda tu untuk sahur kan? 

Terkenang kenangan zaman belajar dulu,tiap petang LM akan beli nasi putih 1/2 berharga 40 sen dan sambal udang rm2 di bazar ramadhan dalam uitm tu. memang sedap sambal udang makcik tu. hampir tiap hari beli tu untuk sahur sebab malas nak turun dewan makan pagi2 tu untuk bersahur.

Walau pun dewan makan buka jam 12-5 pagi camtu untuk sahur tapi tak lalu la nak sahur awal.. Kenapa pilih sambal? Sebab tu je menu yang tahan bila dibeli petang disimpan sampai sahur. Kadanf2 tu beli sambal hati.. Gigih mencari keberkatan sahur walau tinggal di asrama.

Korang berbuka apa tadi? Mesti yang canggih2 kan? LM masih belum menjenguk pasar ramadhan. Belum terliur lagi.. Hehehe

www.tips-fb.com

2 comments:

ejulz said...Reply To This Comment

Alhamdulillah.. smoga dipermudahkan sehingga akhir Ramadhan.. :)

Nak kad raya? Jom join ni "Saya Nak Kad Raya Dari EJULZ!!!" Tq..

Nak Gopro 4? Jom join ni "GIVEAWAY EFG MEGA RAYA 2015 RM3100"

Mummydearie said...Reply To This Comment

Yang simple tu selalunya yang sedap, LM. Masak mewah-mewah pun tak habis nak buat apa. Saya pun belum teringin nak ke PARAM. Langsung takda dalam hati. Harapnya berterusan sampai sebulanlah tak perlu menerjah PARAM ni.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...