Tuesday, June 30, 2015

Vacum Atau Menyapu?

Assalamualaikum...

Alhamdulillah.. Walau lewat mula mengemas rumah hari ni selesai la juga... 

Selepas menyental baju sekolah anak-anak tadi, terus sambung sental alas kaki , cuci tandas anak2.. Dan terus vacum satu rumah. 

Ada orang suka guna vacum, ada orang lebih suka menyapu sebab mereka kata lebih pantas menyapu berbanding vacum. Ye ke lebih pantas?

LM duk perhati bibik buat kerja masa dia ada dulu, karpet pun dia nak guna penyapu. Dah la lambat, bersih ke? Memang semua habuk keluar ke? 

Kalau kat lantai pula, bila guna penyapu LM tengok habuk terbang ke sana sini. Kejap2 dia patah balik kebelakang kejar habuk yang terbang. Rasa macam lebih lambat dan kurang bersih je kot..

LM tak la vacum tiap hari. Dulu sebelum ada bibik tiga empat hari sekali je vacum hari lain tu LM guna penyapu. Tapi sejak bibik dah takda semula ni LM vacum je tiap hari sebab dah buat kira- kira tempoh masa bibik menyapu satu rumah ni sangat lama berbanding LM vacum satu rumah dengan berkejar curi masa dengan baby Ariz ni. 

Buat kerja kena cepat bila ada baby ni. Janji cepat siap! Tu je kot yang terlintas dek minda. Bila duk intai banyak mana habuk dan rambut yang disedut bila guna vacum rasanya memang LM akan vacum jelah lepas ni. Tenaga pun tak guna banyak. Tolak je ... Bulan puasa katanya.. Jimat tenaga. Ekeke.

LM agak kan.. Bibik malas nak vacum sebab malas nak sambung wayar kot. Satu sebab lagi.. Bila dah hampar karpet, dia cuma sapu kat lantai je.. Lat karpet pun dia sapu manja2 gitu. Ish... Dasar xxxx betul. 

Nota kaki: tekak gatal .. Batuk tak henti2. Rasa macam nak ambik garfu garu je tekak ni😝
www.tips-fb.com

5 comments:

Rai OurKizuna said...Reply To This Comment

saya lagi suka guna penyapu.. tapi nak puas hati kena guna penyapu lidi.. mmg ambik masa la.. bulan2 puasa ni sapu ala kadar je.. jgn la ada yg nak datang buat seprais kan.. haha..

Diana Rashid said...Reply To This Comment

kalau rumah berkarpet dulu saya pun suka vacum sebab cepat dan tak banyak guna tenaga..tapi sejak ada anak tak pakai dah karpet.suami takut habuk..jadi guna penyapu je..seminggu sekali je guna vacum untuk sofa dan celah2 akuarium,sofa tu..

Mummydearie said...Reply To This Comment

Saya pun jarang guna vakum. Tapi bab karpet memang bervakumlah. Tak kuasa nak guna penyapu, bukan bersih pun. Yang paling best kalau ada penyapu lidi. Lagi laju rasanya buat kerja. Tapi bila kita tengah menyapu ada angin bertiup, memang nangis-nangislah nak kejar habuk!

Aisy Nasiha said...Reply To This Comment

Saya pun sama.. dua dua guna.. kalau vakum semua tak puas hati.. kalau penyapu semua pun tak puas hati juga.. nak betul2 puas hati kena guna dua sekali ikut keperluan

baby comel said...Reply To This Comment

Kalau dah ada kemudahan vacuum rasanya better vacuum dari menyapu lagi2 kalau ruang tu besar. Kalau sekangkang kera penyapu lebih praktikal kot. Aima suka guna vacuum sbb mudah utk habuk dari kena menyapu dan habuk duk terbang je

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...