Wednesday, July 8, 2015

4 Bulan 2 Minggu

Assalamualaikum

Busy!

Tu saja yang mampu diluah. Sebenarnya bukan lah busy sangat sebab bulan puasa ni bukan sibuk nak buat bekal anak atau nak masak untuk lunch. Untuk minum petang pun tak payah susah-susah nak buat. Tapi...

1.bila puasa semua kerja jadi lambat, tu yang nampak macam busy.
2.pakaian sekolah anak LM sental time malam, kadang2 lepas dorang balik terawih baru sental dan baru sumbat dalam mesin basuh. Bila ada yang jaga baby baru boleh 'berenang' dalam bilik air tu.. Ekeke
3.baby ariz dah mula tak mau tinggal. Ummi wajib ada depan mata dia. Hilang kejap je dia dah menjerit
4.bulan puasa kena ambik abg apit dari tadika awal sikit.. Ngam2 siap berkemas abg apit pun dah tamat sesi persekolahan.



Terbaru.. Abg apit dan baby. 

Baby makin manja, makin nak minta perhatian. Ummi tergolek je lah depan tv layan dia borak dan main menikmati detik2 indah dengan dia. Walau ada kain tak berlipat atau bergosok ummi tangguh dulu sebab nak teman dia. Kesian kot.. Takkan nak biar dia terjerit2 bulan puasa ni. Kering pula tekak dia(wahaha macam lah baby puasa kan?)

Baby makin 'merap' pinjam ayat adik nad. Hurmm takpa lah, ummi dia pun kuat tido bulan puasa ni. Malam terjaga ntah berapa kali susukan baby, dah la dekat pukul 1 pagi pun dia masih segar lagi. Hailaaa ariz!!!! 

Nota kaki: saat paling indah bila kita tengok anak tersenyum bahagia menatap wajah kita. Biar kita busy, biar kerja kita tertangguh... Jangan lepaskan peluang nikmati saat indah bersama si kecil. Dia tido kita sambung la buat kerja kita semula. Kan?

Tapi.. Baby ariz ni dah lwt petang baru tido. Siang2 dia tido kejap2 je pun. Sobss


www.tips-fb.com

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...