Thursday, July 2, 2015

Baby Ariz-4 Bulan Seminggu

Assalamualaikum...

Baby Ariz dah masuk empat bulan, alhamdulillah.. Nampak sihat, aktif dan tak banyak ragam. Cuma dia dah semakin susah nak tidur, asik nak main main dan terus main.

Bulan ni tak tau lah berapa saja berat badan dia naik, walau nampak bambam tetap ngeri nak bawa gi check up sevab ummi berpuasa takut berat dia tak naik atau menurun. Dua tiga hari lepas berjam2 salin pampers tetap kering tak kencing, risaunya... Dia kurang air sebab ummi puasa ke? Tapi tengok najis dia takda tanda kurang air ke apa la pulak.

Baby Ariz dah pandai gelak, dah suka berborak dan dah pandai menggenggam dengan kuat apabila diberi sesuatu objek besar. Tapi, kita perlu tolong lepaskan barang tu kadang kala dia genggam takmo lepas, tapi kalau bagi mainan dia laju je campak, hahaha

Tudung ummi adalah benda yang paling dia suka tarik. Memang senget benget renyuk seribulah tudung ummi dia kerjakan. Kalau kat rumah jangan berangan nak lepas rambut ala-ala pretty zinta  memang dia akan genggam sampai rasa nak tertanggal kulit kepala sobsss.

Dah pandai nak capai pinggang cawan ummi. Bahaya sangat kalau makan sambil pangku dia. Haritu sambil pangku dia LM sapu kaya kat roti cemas nak terjatuh roti tu dia sambar. Pheww ... Lap peluh( laju nya tangan!)

Dah bagi makan?
Ops belum, usus dia belum bersedia lagi untuk terima makanan pejal, nanti cukup enam bulan LM akan mulakan dengan puree buah atau kurma dulu bagi dia makan. InsyaAllah setakat ni cukup kenyang dan cukup zat hanya dengan susu ummi..

Makanya raya ni:
1.kena bawa toto besar ke mana saja untuk alas baby ariz sebab di dah mengundur, bertarik dan bergolek2 macam buah durian.. Ehehe

2. Tiap kali orang pegang kena duk perhati jangan sampai ketupat lemang sekut raya masuk dalam perut anak aku. Kalau tak jaga.. Pasti ada yang menyuap nanti.. Bahayanyaaaaa

Sekian saja perkembangan baby ariz yang dah masuk empat bulan.. Nanti ummi update lagi. 


www.tips-fb.com

2 comments:

Diana Rashid said...Reply To This Comment

hahah..toto kena bawak la nampak nya..
haah..part tu kena hati2..nanti tetiba je tengok mulut baby merah sebab minum sirap..hehehe

Kira Sakura said...Reply To This Comment

dah makin banyak kerja dia nak buat hihihihihi. laju baby Ariz ni. aah kak tmbh baby bulat gitu orang ingt dah besar dah boleh sumbat makanan mcm2 huuu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...