Sunday, July 12, 2015

Bahagianya Bila Dapat Berbuka Dengan Ayah Bonda

Assalamualaikum...

Allahu Akbar.. Subhanallah.. Bahagianya. 

Pagi semalam gigih konon nak buat biskut arab untuk anak-anak. Jangan sampai takda kuih raya, sian anak-anak asik tanya bila nak buat kuih..

Sedang buat kuih raya bonda call kata on the way ke rumah kami. Erk??? 

Haritu dia bagitau rasanya nak datang 14 hb, tup tup LM salah dengar rupanya. Alahai.. Dengan bersepah kat dapur bertepung bagai teruskan juga buat biskut sampai siap. LM buat biskut arab dan biskut tart nenas. Sempat adik bongsu bantu siapkan.. Hihi

Mujur bonda sampai sebelum zohor. Sempat lah lepak borak dulu baru minta bos besar belikan lauk untuk di masak. Bila buntu dan keletihan buat biskut cuma mampu buat tomyam, ayam masak kurma dan telur bungkus je. Haha sayur pun tak goreng. Dalam tomyam dan telur bungkus dah ada sayur kira okey la tu. 

Lepas berbuka bos besar tanya kenapa tak goreng mihun? Erkk dah tak larat. Ampunnnn

Takpelah.. Family saya ni tak cerewet pun bab makan. Lagi pun kami dah biasa makan simple2. Kami bukan orang kaya pun makan makanan perlbagai jenis dan melambak macam bazar ramadhan. Cukup kenyang dah bahagia perut, alhamdulillah.

Anak- anak bahagia sangat atok dan nenda dia datang. Dapat main dengan muksu dan maklang pun datang tido sini. Syukur..

Sempat abang apit main lari2, kejar2 nyorok2 dengan atok yang dia sangat rindu. Sempat dia ajak atok ke kedai beli kinder joy. Asik duk sebut nak ajak atok beli telur! Padahal bukan ayah tak boleh beli, saja nak manja dengan atok.

Berbuka dan bersahur dengan ayah bonda amatlah bermakna buat LM.. Alhamdulillah.. Tak terhingga bahagianya. 

Tengah hari mereka bertolak ke rumah adik ke dua, bonda nak lawat cucu sana pula dan lewat petang nanti nak terus ambik adik yang habis exam hari ni. Last paper sebelum nak praktikal sem depan. Kena angkut segala barang maktih sebab dia praktikal kawasan lain ..

Bila bonda datang mengejut rasa nak tercabut jantung. Hihihi.. Cadar bilik tetamu tak dihampar, rumah tak berkilat.. Ekeke. Dan... Alang2 bonda dah serah diri tu terus pas kasut raya dia, kek lapis dan kuih raya. Tak perlu sumbat bonet kereta kami nanti. Anak ramai ni kereta sentiasa penuh padat. Hehehe

Tup tup.. Bila nak balik tadi ayah keluarkan ayat"kenapa banyak sangat barang ni?"

Hahaha.. Kami semua gelak. Si anak nak jimat ruang bonet kerea tu yang suruh mak dia angkut barang yang nak diberi.
www.tips-fb.com

2 comments:

NurFatihah Che Daud said...Reply To This Comment

Yup...mmg seronok berbuka dgn ibu ayah...walaupun menu simple itu la yg berselera sgt pn....

Kira Sakura said...Reply To This Comment

seronok kan kak dapat berbuka dengan mak ayah kita. kira pun dah decide dgn nadh. kalau raya pertama rumah dia first pose tu mesti balik rumah kira dan macam tula sebaliknya. at least kalau kita tak dapat balik time weekend sepanjang pose. merasa jugak la masing2 dapat berbuka bersahur dengan family masing2

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...