Thursday, July 23, 2015

Belajar Duduk@Merangkak?-Baby Ariz

Assalamualaikum..

Alhamdulillah makin membesar anak ummi ni. Tak terasa masa berlalu terlalu pantas tup tup baby Ariz dah nak masuk lima bulan pun.

Makin lasak.. Sejak seminggu ni dia dah mula naikkan lutut. Tak tau lah samada nak merangkak atau 'duduk senget'. Kata orang tua-tua duduk mentimun. Rasanya nak duduk dulu kot sebab dia dah buat beberapa kali duduk senget tu.

Rasa macam kecik je baby ummi ni tak sangka dah nak duduk. Jangan cepat sangat membesar dik, nanti ummi rindu nak gomol2.. Huhu

Dia pakai tenaga banyak, tak henti-henti buat kerja. Nampak macam dia dah mula minta makan. Bukan susu tak cukup, susu cukup dan elok pekat cuma nampak dia macam tidur tak lena mana kalau siang hari. Tido kejap nak bangun menyusu.. Sabar dik, tak lama lagi ummi bagi puree untuk adik ye.

Harap baby Ariz membesar dengan sihat. Erkk puree? Lepas ni rajin la ummi duk share puree baby ariz pulak kat sini kot? Errr bagi makan lima bulan aci tak? Kalau terbaring telentang je tak buat kerja tak lapar kot, alahaiiii ummi nampak baby macam lapar sangat dan teruja benar bila nampak makanan. Atau... Ummi yg teruja sangat nak suap baby Ariz makan ? Ekeke...

Puree epal, puree kurma, puree kentang, puree carrot.. Puree labu.. Owh ummi tak sabar dik!! Tak sabar nak suap makan😍

P/s: baby makin besar, makin lasak, makin minta perhatian rasa masa terlalu laju berdetik . Kejap je dah malam. 'Mood busy' tak pernah bertukar kepada 'mood boring' ni. Aduh duh duh..
www.tips-fb.com

3 comments:

D.Shahril Hakime said...Reply To This Comment

Alhamdulillah....
dah lama awok tak kesini.....
rupanya dah ada orang barudalam famili cik LM?...
perghhh..... hebat... tahniah ye cik LM ...walopon lambat nak wish...
moga Baby Ariz sihat dan membeso bagei johan..... dan jadi Anak yg berbakti pada Agama Bangsa dan Negara dan Ibu Ayah .....
Tahniah sekali lagi dan Selamat Hari Raya cik LM

Diana Rashid said...Reply To This Comment

kena bagi susu kerap2 dann banyak2 la..nampak gaya makin kecik la Ummi dia..jeles ni..mikhail dah tak mau menyusu sangt dah..badan ibu dia pun makin kembang setaman..heheheh

Mummydearie said...Reply To This Comment

Dia baru belajar duduk bersantai, silang kaki tu. Keh3x. Saya pun dulu ngelat juga, LM. 5 bulan plus-plus dah bagi anak makan. Takdanya tunggu genap 6 bulan ~_^ Anak nampak macam lapar aje, saya tak sampai hati menengoknya. Ke saya pun jadi lapar sama bila tengok baby lapar? Lupa pulak ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...