Sunday, July 26, 2015

Beraya

Assalamualaikum..

Raya?
Abal dah lima ni 'segan2' sikit  nak raya rumah orang kalau tak diundang atau kalau tak benar-benar akrab. 

Sebab?
1. Ada orang jenis .."mak aii ramai nya anak dia, nak kena bg byk duit raya ni!"

-anak dia sorang atau dua. Kita bagi angpau rm10 dua orang baru rm20. Dia bg anak kita rm5 setiap sorang pun nilai lebih dari anak dia dapat. Ada ye yang duk fikit gitu.. Tu yang segan la nak bawa anak berderet2 beraya mengeratkan ukhwah kalau tak beriya org pelawa atau tak rapat sangat.

2.anak kita ligat.
Anak kita ligat, risau orang rimas. Yg tujuh tahun jenis becok asik nak bercakap, yang empat tahun kena ingatkan selalu suruh duduk diam2.. Aduhai.. Ngeri oi nal bawak kat rumah orang . Tengok gelas mahal orang je perut akak dah kecut. KALAU la terpecah? 

Anak makan kuih raya akak dah ngeri takut bekas kuih orang pecah. Sobsss

Makanya.. Dah seminggu sambut syawal ni 'akak kawasan' ni baru beraya rumah sahabat sama2 kat qatar dulu kal syam, dan semalam beraya rumah maktam.. Nak jumpa nenek. Rumah maktam dkt sgt dgn rumah nenek. Maktam yg masak2, tak perlu nenek susah payah masak bagai.. Tq maktam sudi raikan kami.

Nampak tak?
Kadang2, ada ank ramai diusia muda(muda ke kau LM?..hampir 34 tahun anak 5 tu kira boleh dibilang la zaman skrg kan? Rare la kan? 

Bila ada ank ramai.. Kita tak malu, cuma , sesetengah org 'moden' kurang senang dgn keriuhan, meletah ank2 yg sedang ligat ni buat hati ni rasa ngeri sket nk jalan2 raya .. 

Ada tak yg rasa cam saya? 

Mood nak beraya lum muncul ke apa? Adoiaii... 



P/s: i sentap bila ada yg kata ramainya ank?? 

Eh biar lah ank kita ramai.. Kita beranak cam kentut je tak sakit.. Kui kui kui( itu tipu!)




www.tips-fb.com

2 comments:

Arpiiz said...Reply To This Comment

abaikan je apa yang orang cakap, yang penting anak dapat duit raya.hahaha

http://arpiiz001.blogspot.com/

Mummydearie said...Reply To This Comment

Pergi aje beraya, LM. Yang penting anak-anak dapat kumpul duit raya. Tapi seriously, memang ada orang yang rasa ngeri bila tengok anak kita ramai. Yalah, bab apa yang paling ngeri tu tak tahulah. Biasalah kalau anak ramai. Nak jerit depan orang malu. Berharap sangat anak-anak tak buat hal tapi dah nama budak-budak, nak kawal macamana. Ingat dulu saya masa di bangku sekolah rendah. Bukannya nakal. Kalau pergi rumah orang setakat nak cari majalah atau buku cerita aje. Masuk aje rumah orang terus tuju coffee table, dok tengok ada majalah tak. Itu pun kena piat kat dada dengan emak saya, suruh behave katanya! Sakit tau!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...