Friday, July 10, 2015

Biskut Raya

Assalamualaikum...

Kemain hebat tengok kawan-kawan buat biskut raya tahun ni. Semua benda naik harga, minyak , tol bagai semua naik .sampai darah pun naik sama kan? Sebaiknya jika anak ramai cam LM ni buat je sendiri apa kuih yang mudah dan anak suka makan agar anak tak makan macam 'membela' kat rumah orang sampai peluk balang kuih orang.. Ekeke.

Kuih mahal oi! Tak ke segan bila anak kita peluk balang almond london rumah orang nanti?  

Atau.. Makan sampai sebalang tart nenas orang? Sebijik tart dah 60-80 sen tau!

Atau.. Makan sampai minta tambah biskut red velvet rangup penuh kekacang biskut orang? 


Malu okey! Malu!!

Tapi.. Niat hati nak buat biskut raya terhalang dek kemalasan diri. Kejap letih puasa, kejap tak larat sebab baby kuat menyusu, kejap bagi alasan kurang makan kurma sebab tu takda tenaga, kejap bagi alasan nak kurma mariami.. Kejap bagi alasan period pain.. Kah kah kah.. Padahal malas😝

Abang apit dah duk kira berapa hari lagi sekolah. "Two lagi ye ummi?"

" Ecok cuti kan? Ahad cuti kan?" Duk kira tak sabar nak balik kampung. Haha walau ayah dia kata segamat tu bukan balik kampung, tu taman! Dia tetap kata eh tu kampung.. Rumah atok dengan nenek. Cikgu lah tu ajar balik kampung rumah atok nenek. Ekeke.. Taman pun kita sebut balik kampung kan apit?

Ummi sendiri pun tak sabar nak balik kampung, biskut raya? Erkkk tak sempat buat kita buat tak tau je lah nanti. LM ada order dua bijik kek lapis sarawak nanti bagilah bonda sikit. Raya tahun ni LM order dua bijik lepas tu hubby order dua bijik pula dengan kawan dia dari sarawak. Kek lapis ni LM tengok saiz 8 inci boleh potong 3-4 ketul saiz orang selalu jual tu. dah ada 4 jenis kek sarawak, beli kerepek dua tiga jenis lagi cukup dah kot. Haha ayat nak sedap lan hati.

Dulu ada baby rajin pulak buat kuih raya. Kali ni.. Lemau semacam. Sobsss

Busy kot.. Anak nak exam, 4 orang sekolah.. Syafiq pun nak beri perhatian juga, baby pula asik nak manja2. Maka.. Buat2 tak kisah la kalau tak mampu nak buat kuih raya tahun ni. Beli? Tak la kot. Bertahun dah LM tak beli biskut raya. Kalau nak sangat buat je atau beli kerepek. Tak best la kuih beli, mahal sampai rasa botak sebelah kepala ni tapi rasa tak sedap mana pun. 

Tahun lepas ngidam makmur beli ngan blogger hebat diana. Tahun ni dia tak jual lagi ke? Tetiba nk makan makmur.. Kalai beli dengan orang tak kenal takut tak sedap. Beli kat bazar? Lagi la tak berani.


www.tips-fb.com

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...