Thursday, July 30, 2015

Cara Membersihkan Debu/Habuk Dengan Pantas

Assalamualaikum

Masih dalam 'mood raya' kan?
Maka pastinya kita-kita ni sentiasa memastikan rumah bersih berkilat tanpa debu agar mata tetamu tidak 'menjamah' atau menangkap sebarang habuk dan debu di sekitar rumah kita terutamanya di ruang tamu.

Lecehnya nak bersihkan debu dan habuk. Semalam dah lap hari ni ada lagi. Ye tak? Itu lah yang LM rasa terutama sejak dua bulan dah takda orang gaji ni lagi lah terasa keletihan mengelap habuk tu.. Sobsss (ops ini drama je. Takda la sampai teruk sangat pun)

Ada orang suka beli 'bulu ayam' atau apa ek korang panggil bulu pembuang habuk tu? Dulu guna bulu ayam.. Tepuk2 habuk tu bagi jatuh kat lantai.. Bila dah togel boleh jadik rotan duk belasah anak yang degil. Ekeke.(ni pengalaman zaman kecik kena rotan ngan ayah dengan bulu ayam. Kui kui kui)

Pada LM guna bulu ayam atau alat pembuang habuk ni lagi leceh. Lagi lambat proses mengemas. 

Kalau LM, sebaiknya divacum dulu ruang berkenaan sebersihnya dan kemudian gunakan kain MICROFIBRE yang di basahkan, perah kering-kering dan kemudian lap debu dan habuk tersebut .

Dengan cara ini debu tersebut tidak berselerak dan terbang merata-rata di karpet dan lantai. Tak perlu nak sapu lantai yang penuh dengan debu yang berterbangan tu .

Kain lembap akan menyerap debu dan menghalang ia dari berterbangan. Bagi yang ada resdung membuang debu amat menyeksakan bagi anda bukan? Rasanya cara ini amat membantu.

Sebab tu LM amat anti dengan orang yang membersihkan habuk dengan cara menyapu/kibas2 habuk dari atas almari ke bawah dan membiarkan habuk melepek jatuh atas lantai . Debu dan habuk terbang merata-rata, kan lagi payah nak bersihkan tu? Membazir masa pun ye jugak.

Tu cara LM.. Jika ada cara yang lebih baik korang share lah kat sini. Setakat ni cara nilah yang paling pantas untuk LM. Mana tau cara korang lebih berkesan, silalah share ye..

Kenapa kain Microfibre? Pakai seluar lama anak-anak tak boleh ke?

Kain microfibre tu sangat lah baik untuk kerja mengelap perabot dan debu di rumah. Ia menyerap air dengan baik dan memerangkap debu dan habuk dengan cekap. 

Mahal?
Tak mahal pun.. Ada kedai jual rm1 je sehelai aritu LM jumpa di seri ternak kat pasar borong. LM biasa guna yang jual di cosway tu. satu pack ada dua helai. Elok tahan lama. Satu untuk lap ruang tamu dan satu untuk lap dapur. 

Nota kaki: kerja membersihkan rumah akan jadi seronok jika dilakukan dengan cara yang betul dan tidak meletihkan. 

Apa kata sambil membersih tu pasang muzik rancak sambil2 mengelap goyang pinggul kiri kanan, dapat juga kurangkan saiz pinggul dan pinggang tu kan? (Ops merujuk kepada diri sendiri tidak ada kena mengena dengan yang hidup atau yang mati.. Atau yang sedang membaca😉)


www.tips-fb.com

4 comments:

anyss said...Reply To This Comment

assalamualaikum,
mai la lap umah ambo pulak...dari tahun lepas lagi dok lap tak siap2 ni cemanaaaaaa

Diana Rashid said...Reply To This Comment

betul..saya pun suka lap dari sapu jatuh ke bawah.habuk tu terbang melekat balik kat perabot..dah la perabot umah saya banyak kaler hitam..sakit mata tengok..jadi pintu asyik bertutup je la sebab saya ni pemalas orang nya..hahahah

Hafizin Jamil H.J said...Reply To This Comment

Orang lelaki pandai komen je kak long. Tak pandai nak buat ni. Paling tidak pun main sapu je. haha

Mummydearie said...Reply To This Comment

LM ni kan... nota kaki tu paling mahal untuk dibaca tau! Saya pun pening dengan debu-debu berterbangan ni. Rumah saya pun sama. Hari ni lap, tak sampai esok dah berdebu balik. Sakit jiwa raga. Bukannya kita sempat nak goyang-goyang pinggul sambil mengelap tau ~_^ Kadang-kadang lagi kita kerah tenaga mengelap, lagi melayang-layang comel aje debu tu dok hinggap balik. I is tension tahap tak boleh komplen banyak dah ni!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...