Monday, July 13, 2015

Daun Bidara

Assalamualaikum

Bila nak raya macam- macam jenayah berlaku. Duduk di rumah sendirian rasa tak berapa nak selamat. Pintu tingkap memang tak buka langsung walau ada grill.

Padahal bukan la sendirian pun, ada dua orang indon kat luar tu kami upah buat tembok keliling rumah, tapi tetap la risau..dah la ada baby.

Tadi ternampak orang terhendap- hendap tepi tembok dekat dengan kolam ikan kami. Berderau darah bila tengok dia ada tepi kolam. Risau dia panjat tembok tu terus naik kat atas bumbung kolam ikan terus masuk rumah.

Lelaju bukak grill. Bila dia dengar bunyik grill terus dia patahkan dahan pokok bidara yang kami tanam di bahagian luar rumah . 

Laaa.. Dia nak rembat daun bidara rupanya. Kalau ye pun nak apalah salah jika tekan bell dan minta elok2, dari terhendap2 mencuri daun bidara tu.

Siapa yang tak kenal pokok bidara boleh la google sendiri. Buahnya sebesar duit 50 sen(duit lama) rasanya seakan2 buah pear. Rangup.. Malah ada juga saiznya yang lagi besar dari tu.

Daun bidara ni biasanya orang guna unyuk mandikan jenazah dan guna mandi dalam perubatan islam. Baik untuk menghalau gangguan makhluk halus. 

Harapnya betul la memang dia nak ambik daun. Atau.. Buat2 nak ambik daun sebab tau LM dah sedar dia muncul depan rumah. Ish bahayanya.

Walau dah setahun lebih rumah ni dimasuki pencuri tetap trauma sampai sekarang. Takut.. Hati tak mampu bersangka baik bila ada orang asing terjenguk2 intai ke dalam rumah:(


www.tips-fb.com

1 comments:

Kira Sakura said...Reply To This Comment

memang tak boleh nak bersangka baik sangat kak. zaman sekarang kena alert lebih. moga2 tak menyimpang la niat dia tu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...