Thursday, July 9, 2015

Duit Raya

Assalamualaikum...

Kemain sibuk semua orang nak tukar duit baru. Duit baru habis, sampul duit pun habis...puas la ke sana ke sini nak carik duit tukar.. Hihi

Orang yang tak berkerjaya cam LM ni mana ada bagi duit-duit raya ni. Masa kerja dulu bagi insan terpilih je, sekarang dah kerja dengan bos besar lagi la tak bagi duit raya cuma.. Bagi insan Teristimewa je la. 

Maka.. Siapa yang layak dapat duit raya dari LM?

1.mak ayah
2.anak-anak
3.adik2 (yang perempuan je yg lelaki dah kawen tak yah la)
4.anak sedara(tu pun baru sorang.

Haaa tak ramai kan? Tapi banyak gak habisnya. Anak je dah lima. mak ayah mujur ada dua orang je. ekeke.. adik2 mujur tiga orang je. ops yang sorang dah kerja tu nak bagi lagi ke tak ye? tahun lepas bagi tahun ni zaman ekonomi paras leher rasa cam tak bagi pun takpe kot.. ekeke(kedekut la kaklong )Takpalah setahun sekali katanya..

LM tak kalut sangat pun bab tukar duit ni. Kalau suami ada duit baru lebih Lam tukar kat dia. Kalau takda duit lama pun takpe janji duit. Ye tak?

Nota kaki: tahun ni tak jual apa2, malah kuih raya sendiri pun masih tak buat. Maka takda sebarang pendapatan pun, tak tau lagi duit raya boleh kekal jumlahnya macam tahun lepas ke tak. Tapi... 


Rasa setahun sekali.. Buat insan tersayang tersenyum gembira atas pemberian ikhlas tu amatlah tak ternilai bahagia buat mereka. Doa mereka buat kita tu amat berharga. 
www.tips-fb.com

1 comments:

Aisy Nasiha said...Reply To This Comment

Apa yang penting ikhlas drp hati kita kan..
Untung juga LM baru sorang anak buah.. boleh bg rm yang besar2 tu.. saya anak buah kelate dh 13, ramai tu. Mulai tahun lepas saya tak bagi dh pada yg dh grad. Hihi.. tahun ni bertambah lg..jadi tinggal 9 org je..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...