Tuesday, July 21, 2015

Eh Kejap Je Cuti

Assalamualaikum...

Kejap je cuti?
Erkk tak terasa masa berlalu, tup tup esok dah bermula rutin seperti biasa. Bos besar dah mula kerja, anak-anak syurga dah mula bersekolah. 

Ummi perlu start enjin laju sket hari ni maraton kemas habuk yang menebal seminggu bercuti ni dan lelaju gosok baju sekolah anak. Belum mula buat kerja dah terbayang letihnya.. Sobss

7.25 malam semalam dah mula ada rombongan anak2 kecil nak beraya. Uik dekat maghrib nak beraya ye adik2?

Maaf la dik, terpaksa minta datang esok lusa. Kuih raya dalam bonet kereta, beg terdampar depan pintu lagi. Baru sangat sampai letih tak hilang lagi tak larat nak layan tetamu. Bukan anak2 jiran pun, entah anak2 dari mana ronda beraya .. Esok lusa korang terjah la umah makcik ye dik.

Projek mendobi pun baru selesai, nak mengelap habuk tak siap2, ish ish ishh masuk gear tiga pun rasa slow sangat makcik buat kerja nih, malam ni jangan pukul 12 pun tak siap gosok baju sekolah dah ler ...😥
www.tips-fb.com

2 comments:

NurFatihah Che Daud said...Reply To This Comment

LM dah blk rumah...sama la kita nk kene brooming rumah lepas smggu tinggal...encik husbnd plk tutup main suis letrik plk...berulat peti ais...uhuk..uhukk...

Mummydearie said...Reply To This Comment

Saya baru masuk pintu rumah dah ada yang mengekor nak datang beraya. Tahun ni kuih raya takda. Ada dua jenis aje. Shopping last minute, kuih raya idaman semuanya boliau. Tinggal balang aje. Makanya saya tanya ajelah nak beraya ke atau nak duit raya. Of course dah tahu jawapan. Takpalah...bagi aje dah rumah pun tak bersiap lagi nak pelawa budak-budak masuk beraya!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...