Monday, July 27, 2015

Empat Tahun Dan Lima Bulan

Assalamualaikum..

Alhamdulillah hari ni genap umur syafiq empat tahun dan baby Ariz pula lima bulan. Mereka berkongsi tarikh 27 hari bulan....

Si abang...
Bangun tidur terus menangis masuk bilik ummi takmo ke sekolah. Amboiii minta manja la tu.. Mujur ayah dia pandai pujuk, ummi dia dah naik angin terus tinggal dia dah , huhhh malas nak layan kes ngada2 di pagi hari.

Si adik..
Kemain manja. Langsung tak boleh tinggal. Nak buat apa pun tak boleh . Tidur sekejap sangat. Ummi dah buat gula hangus tapi kek karemel hanya tinggal angan2 saja sebab dia merengek takmo tinggal. Okey, ummi kelek, uli, adun awak biar jadik sekut comey2 ye adik! Grrrrr

Eh? 
Dah kenapa?
Birthday boy merepek meragam di pagi hari.. Si baby pun beralih bulan kemain lagi perangai. Ummi nak meragam menangis merengek gak la camni. 

Mujur tadi dah siap2 goreng kan 'mee goreng sekolah' untuk lunch dorang. Mee goreng simple hanya rencah ayam satu peha, pecah telur sebijik.. Curah sos tiram dan kicap manis sket. Tabur sawi dan togeh tu je. Takda fishball takda udang, takda itu ini. Macam mee kat sekolah kata si kakak sulung. Sedap makan bertambah2.. Ummi gelak je tengok dorang makan.

"Ni mee apa ni ummi, kenapa ummi macam tak pernah buat je mee camni?. Kata sekolah camnilah.. Tapi sikit je seringgit.. Bla bla bla.. "

Sambil makan sambil mencedok lagi dan lagi. Hai la anak, mee campak2 pun sedap ye ? Adik meragam.. Maaf la, tu saja yang mampu ummi masak. Takkan nak hidang megi pulak kat korang. Huhu

Selamat hari lahir syafiq. Dah empat tahun dah.. Muahh.. Maaf ummi tak sempat lagi nak buatkan kek untuk syafiq.

www.tips-fb.com

3 comments:

NurFatihah Che Daud said...Reply To This Comment

Selamat hari lahir syafiq...semoga sentiasa dalam redha ilahi dimurahkan rezeki dan jadi anak yang soleh dan baik kepada ibubapa

Aisy Nasiha said...Reply To This Comment

Happy birthday syafiq.. dah 4 tahun, cepat masa berlalu.. tgkkan penceritaan LM ni, saya yakin LM ni seorang ibu yg tabah, rajin dan tekun... kagum saya dengan kesungguhan LM.. moga ank2 LM jadi anak yg soleh solehah

Mummydearie said...Reply To This Comment

Happy belated birthday, Syafiq. Kawan awak kat sini masih enjoy lagi, tak pergi tadika pun tapi tiap-tiap malam dok tanya nak bawa apa bekal pergi sekolah esoknya! Naik stress Mommynya menjawab sebab akhirnya dia bagi jawapan yang sama over and over -ayam goweng je cukuplah!

Mi togel tu perkara biasa di rumah saya. Kiranya mi togel saya ni boleh dijual kat kantin sekolahlah yerk ~_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...