Tuesday, July 7, 2015

Kasut Raya

Assalamualaikum..

Kasut raya.
Tak kira budak ke orang dewasa ke kalau kasut dah tak berapa semenggah nak juga kita beli yang baru alang-alang nak raya kan?

Kalau jenis kaki shopping duit berguni maybe mereka beli kasut dua bulan sekali.. Tiga bulan sekali atau tiap bulan beli kasut, tapi kami ni beli kasut time nak raya je la.. Bukan jenis suka kumpul kasut pun nak-nak LM kan dah tak kerja, lagi la takda stok kasut banyak macam dulu duk letak dalam bonet kereta.. Ekeke

Kisah kasut..
Minggu lepas LM tanya adik dia balik raya bila . Katanya dia balik malam raya sebab tak ambil cuti awal. LM pun balik lewat juga sebab anak2 kan sekolah..

Adik tanya kenapa ?
LM kata.. Bonda dah siap persalinan untuk raya? Kasut dah beli? Tudung dah ada? Bila kita nak belikan dia? Kata adik bonda beli tudung online je. Ye lah sejak bonda berjinak2 dengan paridah ni memang dia tak membelek tudung dari satu kedai ke satu kedai. Bagus la.. Jimat tenaga dan masa.. Ehehe

Kasut? LM kata takpa lah nanti LM belikan. Ops nak bagitau kepada haters.. Bila LM beli bererti LM pakai duit LM ye. Takyah nak buat cerita nanti kata ooo pakai duit laki dia beli kasut mak dia. Dah la tak kerja, tak sedar diri sibuk nak beli kasut mak dia sekali. 

Sebelum haters duk memanjang kan cerita baik aku terangkan awal2.. Ekeke. Duit poket laki aku bagi tu aku tak guna sangat pun. So time gini lah aku nak pakai duit tu untuk berjoli sakan menikmati hari raya. Ada paham?

Rupanya adik ni balik la juga ke kampung jenguk bonda walau dah balik awal piasa aritu. Katanya dia bawa bonda gi kedai kasut, bonda macam minat kasut sarung (eh kasut memang la kena sarung kan?)bertutup. Macam ala-ala kulit tu.

Erk? Jenama buaya ke? Tanya LM. Kata adik tak kisah la, janji bertutup dan tapak flat.

Bila tanya kenapa dia tak beli. Katanya macam mahal je. Brand polo club dalam rm80+ katanya. Uik.. Murah kot pada LM. Sebab pernah nampak biasanya kasut gitu harga rm100 lebih. Kalau yang patern sama harga rm 50 lebih tu dalam dia keras, tak selesa nak pakai. 

Takpalah..dah tak jadi beli LM pusing-pusing alamanda aritu carik kasut sendiri jumpa kasut ni terus sambar untuk bonda. Dia minat kasut simple la pulak untuk raya tahun ni. Takpe la.. Kita belikan je lah janji dia bahagia kan? Nak beli sama2 sah la tak sempat faktor jarak dan masa membataskan. Warna hitam dan coklat takda stok dah so sambar jelah warna ni. Bonda kata okey, kita lega la kan..


Tak mahal takpe .. Bukan beratus ratus harga nya pun bonda kita tetap terima. Apa yang penting usaha kita nak cantikkan bonda kita pada hari yang mulia. 

LM ni paling prihatin bab kasut. Kalau kasut atau sandle dah hodoh terkopak2, mengelupas2.. Dah macam orang kena penyakit sopak tu baik campak buang je la. memang tak suka nak simpan atau biar bonda ke anak ke pakai. Kalau pakai kat rumah sidai kain okey lagi. Jangan nak kutuk diri pakai compang camping. 

Kalau kita jalan2, kita pakaian kemain gah, kasut berkilat2 entah berapa ribu,handbag kemain lagi tiga empat ribu tup tup bonda kita pakai kasut macam kena gigit dek kucing sawan agak2 orang mengata tak? Ops.. Kita beli bukan minta dipuji. Tapi dalam usaha kita penuhi permintaan hati nak lawa tu kita jangan lupa lawa kan mak/ibu /bonda kita juga. 

Anak-anak?
Hurmm budak empat tahun tu pun kemain cerewet memilih kasut. Takmo thomas, sua warna merah takmo pilih macam umur 18 tahun gayanya. Si anak dara kecik pun gitu juga. Letih ayahnya melayan tak mau juga apa yang di sua. Tup tup nak kasut elsa warna purple? Grrrr paneh hati den! Memula buat tak layan tapi dia buat muka tempe. Bila dah letih nak balik cepat kami belikan juga kasut elsa purple dia tu walau geram sebab kasut tu ada renda, tak sesuai langsung nak pakai kat kampung ayah dia nanti. Kalau terpijak lecak, nanges la nak cuci . Ikut kamu la anak, janji hepi dapat kasut elsa idaman hati. 

Abang dan kakak sulung tiga kali bawa gi usha kasut tak jumpa2. Last2 beli ikut citarasa ayah. Padan muka korang, payah sangat nak memilih kasut. Ummi pun dulu masa belasan tahun sampai berkali2 ke bandar tak dapat kasut. Cerewet ya amat. 

Nota kaki: maaf tak ziarah laman korang, LM kalut sket urus keluarga. 




www.tips-fb.com

2 comments:

al - lavendari said...Reply To This Comment

biar tak cantik atau tak mahal, yg penting selesa dipakai.
tapi kasut dlm gambar utk bonda tu cantik dan tentunya mahal.

Kira Sakura said...Reply To This Comment

ikut ummi la ni cerewet... ekekekekeke :p

kira pun jarang dah beli kasut sejak2 berjinak dengan al ikhsan. kan kasut sport. susah nak rosak. pakai sampai rosak baru tukar haahahahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...