Wednesday, July 22, 2015

Kerja Yang Sempurna Atau Ala Kadar

Assalamualaikum..

Letih balik dari kampung masih bersisa. Tipu lah nak kata tak stress bila melihat longgokan kain dan debu di rumah. Kalau boleh nak siap kemas dalam sehari.. Nak-nak musim perayaan, cuak juga kot la ada orang bagi salam menjenguk nak beraya dengan rumah yang aduh duh.. Debu di tv, sofa merata.. Dah mop lantai pun masih tak namak sinarnya.. Sobss

Namun, bila melipat baju si kenit sorang tu mulalah merengek. Dia berjaga pun nak ajak kita main, dia tidur pun nak ummi ada depan dia, kalau pergi jaih sikit je dia merengek tau ummi takda depan dia.

Kalau boleh nak buat kerja ala kadar, atau.. Nak minta dua anak yang besar tu lipat je sendiri pakaian mereka. Tapi... Mak aiii mata LM ni sakit bila tengok kerja tak sempurna. Kalau dilipat ala kadar tak sama besar saiznya mulalah rasa nak kirai balik baju tu. sakit wehh mata. Tu yang semua benda nak buat sendiri:(

Relaks ye .. Jangan la datang raya dulu. Haha, boleh ke kata gitu? Esok syafiq pun dah mula sekolah, lagi lah busy. Maka, segala kain yang nak digosok perlu diselesaikan malam ni juga. 

Terfikir..mana datang baju banyak2 nih? Tahun depan takyah beli baju, kita pusing2 pakai baju sama je lah kalau malas nak melipat kan? Ekeke

P/s: pada LM kalau lipat baju main bolot2, gumpal2.. Baik tak yah buat kot. Biar je situ dari menyakitkan mata tengok almari lintang pukang terjelir terjulur.

www.tips-fb.com

4 comments:

NurFatihah Che Daud said...Reply To This Comment

Betul...klau nk lipat biar kemas....ambil elok2 kalau nk guna...

IQ = Iez Qis said...Reply To This Comment

singgah berhari raya di sini. dah puas berhari raya di kampung XD

Hafizin Jamil H.J said...Reply To This Comment

masukkan semuanya dalam guni kaklong. hehe. jauh dari pandangan mata.

Mummydearie said...Reply To This Comment

Aha, saya bab lipat baju ni memang ada teliti sikit. Kalau orang lipat, memang saya kirai balik. Saya macam ada sakit aje hati bila tengok baju orang dah tolong lipat. Tak tahulah apa namanya penyakit ni.

Sekarang ni pun rasa penat juga lipat baju hari-hari. Kena siapkan kerja rumah sebelum tidur malam. Kalau tak siap, tak boleh nak tidur. Tapi itulah, entah kenapa datang penat yang amat sekarang ni. Kalau boleh nak landing atas katil aje kerjanya main Soda Crush. Kata sibuk, tapi main game sempat lagi tu :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...