Thursday, July 2, 2015

Kisah Air- Berbuka Di Masjid

Assalamualaikum...

Air.. Anak- anak ni ikut ummi dia kot, kalau berbuka tu takda benda lain takpe yang pengting air kena cukup. Masa berbuka je 4-5 mug air untuk LM je. Boleh bayangkan banyak mana air untuk kami berbuka? Satu jug tupperware yang  besar campur satu jug yang 2 liter (biasanya air lain)

Adik ad ni sejak ada kawan dia rajin berbuka di masjid. Alhamdulillah kawasab perumahan kami dah siap pun masjidnya yang dinamakan
Masjid Al Quddus. Dulu kami jadikan dewan serbaguna disebelah masjid tu sebagai surau. Solat terawih dan solat lima waktu semuanya di surau tu.. Siap pasang khemah untuk menampung jemaah wanita pada bulan ramadhan. Syukur masjid boleh diguna sehari sebelum puasa yang dirasmikan sebelum zohor sebelum menyambut puasa tu.

Berpatah balik pada cerita berbuka di masjid, memang ada juadah berbuka disediakan di sana. Tapi.. Adik ad ni sebelum ke sekolah kebangsaan( dia sekolah sesi petang) akan pesan kat LM supaya buatkan air dan bekukan . Dia nak bawa bekal ke masjid .

Biasanya dia akan minta air apa yang dia nak. Macam haritu dia minta sirap limau. Nak gelak pun ada sebab apalah sangat istimewanya air sirap limau sampai nak dibawa berbuka di masjid. Tapi.. Semuanya bersebab. Sebab.. 

Ummi: kenapa nak kena bawa air, kat sana dorang buat air panas ke untuk berbuka? Takda letak ais?

Adik ad: ada.. Tapi air sarsi. 

Ummi dah gelak dalam hati.. Sah ngikut tekak ummi

Ummi: kenapa dgn air sarsi?

Adik ad: adik ad tak suka air sarsi.. Tak sedap!

Meletus terus gelak ummi

Ummi: memang tak sedap pun. Ummi pun tak suka. Ayah je yang suka air sarsi. Ummi sanggup tak minum kalau ada air sarsi tu tau.

Hurmm ngikut ummi sungguh! Memang LM tak minum sarsi. Bukan sarsi air gas tu tau. Sarsi yang manis biasa tu. rumah ni yang minat sarsi bos besar je. Qila dan kakak minum la kot. Syafiq masih tak pandai memilih.. Adik ad dan ummi tak jeling pun takat sarsi tu. hihihi

Makanya, tiap hari ummi buat air untuk dia sebekas besar, masuk dalam freezer. Agak2 dah nak beku keluarkan .. Nanti masa nak berbuka elok sejuk la air tu.

Semalam dia minta milo, tak habis pun diminumnya. Mungkin milo tu mengenyangkan, ditambah pula kuih yang agak sedap dihidangkan so dia makan.. Nasi hujan panas bersama ayam masak merah pun dimakan tak habis. 

Di masjid.. Kalau dapat kuih sedap dia makan laju lah kot, kalau dapat pengat ubi kayu sentuh pun dia takmo. Makanan org lama2 manalah dia tau nak makan. 

Tapi..
Bab bawa bekal air dari rumah ni ummi dia jugak yang ajar. Ye lah.. Kalau berbuka ditempat lain sure air secawan, dah duduk makan malas nak bangun beratur ambik air lagi. Penyudahnya baik bawa bekal air sendiri. Kan lebih mudah begitu..

Tahun lepas berbuka puasa di tadika qila sebekas besar LM bawa teh ais dari rumah. Anak yang nak ribena dia pegang bekas dia sendiri. Air banyak tu wajib, nasik kurang takpe. 

Nota kaki: bila menyusukan baby lepas nyusu je terus haus. Ni pulak berpuasa, bukan haus lagi, rasa kering kontang tekak ni sampai payau
www.tips-fb.com

3 comments:

Aisy Nasiha said...Reply To This Comment

wah, Ad ni 9 tahun kan LM? lupa lak saya. bagusnya dia.. seronok baca ni, dapat lihat semangat anak lelaki yang dah nak tunjukkan sikap budiman ni. Dah pandai nk berbuka kat masjid, tahu berkawan....
air sarsi pulak antara air paling laku di rumah saya ni, hero berdua tu sejak dr kecil tak jemu minumnya.. mudah juga bagi saya sediakan tu je.

Rai OurKizuna said...Reply To This Comment

bagusnya.. LM pun buka puasa kat masjid jugak ke adik Ad je..? kalau masjid dekat ngan rumah boleh bagi Aqil berbuka kat masjid je.. lagi bagus..

saya pun tak suka sarsi..huhu

Diana Rashid said...Reply To This Comment

saya pernah minum air sarsi..terus demam..lepas tu tak minum dah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...