Monday, July 27, 2015

Kisah Raya Lagi

Assalamualaikum..

Dah namanya raya tu sebulan, maka cerita pasal raya mungkin akan berakhir setelah berlalu syawal lah ye?

Sabtu..
Pagi-pagi lagi lepas si kakak pergi tuisyen terus mulakan projek buat soto. Berjam2 kami di dapur terasa sangat lama proses memasak soto sebab ada 'penyelia projek si baby Ariz datang memantau kerja ummi'. Kejap2 nak susu.. Aduhaii anak!

Lepas siap semua kemas2 rumah nak sambut kehadiran ayah bonda dan adik2..

Lepas si kakak balik berkejar ke rumah nenda di cheras. Sebab dah lewat sampai laju je menuju ke rumah nenda. Bos besar yang tinggal kat belakang masih dalam kereta tak LM hiraukan.. Konon nak cepat sampai.. Tup tup pintu rumah nenda berkunci. Mak aii mana semua orang?

Terkial2 bukak handbag nak call bonda tanya mana mereka pergi? Nak call pun tak boleh sebab takda bateri! Grrrrr

Patah balik nak menuju ke kereta sepupu lelaki( anak maktam dah menanti ), katanya semua orang di rumah dia. Aduhahaiii., kalut betul. Nak cepat punya pasal..rumah nenda dengan rumah maktam dekat je..

Uik.. Bos besar pun dah ada kat rumah maktam, ayo.. LM anak beranak yang berkejar laju ke rumah nenda tadi je yang tak tau. Kui kui kui.. 

Teruja sangat nak jumpa nenda camtu lah kan? Si apit elok je melekat dengan moyang duduk atas riba moyang dia. Ummi suap makan pun dia masih diriba moyang. Hihihi..

Baby ariz pun sama, dari tangan moyang bertukar ke tangan nektam dia. Kemain manja...

Meriah, ada maklang dan anak2, menantu dan cucu2 nya sekali.. Meriah rumah nektam dengan serbuan dari kami semua. Nektam jadi tuan rumah bagi pihak nenda supaya tak perlu nenda masak berkemas bagai menyambut kehadiran kami..

Pukul lima lebih gerak balik, berkejar hidangkan soto tadi buat bonda. Semua kelaparan tak ingat dunia. Macam la jauh sangat cheras tu.. Tapi mungkin kerana hujan.. Perut minta diisi segera. Makteh ( adik keempat) tolong gorengkan bergedil yang sepinggan besar tak sempat goreng tu sementara LM hidang juadah lain. 

Mujur sebelum gerak dah buat rendang ayam, dapat juga digandingkan bersama lemang yang bonda dan bos besar beli. Meriah kenduri lemang..

Adik kedua je takda, masih menemani isterinya yang baru bersalin. Malam lepak santai borak entah apa2, borak tak pernah habis.. Hehehehe

Ahad.
Mood rajin buat sarapan di hari ahad hanya berlaku bila ada tetamu. Ekeke..

Maka, nasi yang seperiuk tak dimakan semalamnya tu LM buatkan nasi goreng. Alhamdulillah menu ringkas nasi goreng, lemang dan rendang ayam bersama air teh panas. Cukup kenyang buat perut besar kami.. Ngeeee

Lunch ...
Bonda buat sambal petai. Dia beli petai kat tepi jalan, sedap dibuat sambal katanya. Biasanya kat rumah bonda jarang masak menu camtu sebab ayah tak makan nasi, adik bongsu pun jarang makan nasi.. Bonda makan sorang tak berbaloi masak menu begitu..

LM masakkan ayam masak merahdan sayur kobis saja...cukup simple menu tengah hari kami.

Jam 4 petang baru bonda pulang.. Kebetulan baby elok tak meragam terus LM vacum dan kemas rumah. Fuhhh lega bila semuanya dah selesai. Tq baby ariz bagi kerja sama.. 

Walau agak terkejar2, sedikit kalut dengan baby tapi bahagia sangat dapat masak itu ini sambut ayah bonda datang. Alhamdulillah...



www.tips-fb.com

2 comments:

Diana Rashid said...Reply To This Comment

dengan rendang nya ,soto lagi..amboi..sempat buat banyak benda ni...dalam dok kalut2 tu..ehheh

Mummydearie said...Reply To This Comment

Itu dia, full day lagi. Kalau saya ada baby, main petik jari aje LM. Tak terkejar rasanya. Maklumlah memang spesies pemalas. Hahaha!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...