Tuesday, July 7, 2015

Kurma-Snek Buat Ibu Yang Menyusukan Bayi

Assalamualaikum..

Bulan puasa,perlu menyusukan baby dan dalam masa yang sama LM adalah penghidap gastrik. Memang mencabar, sayang la kan kalau asik nak ponteng puasa sebab tak tahan lapar atau sebab susu kering akibat puasa.

Maka.. LM buat kurma sumbat badam macam gambar bawah ni untuk dijadikan snek . Makan waktu malam dan semasa bersahur. 




Jika nak makan sikit boleh la celup coklat macam choco date tu kan. Tapi nak buat snek kenalah buat macam ni agar tak makan coklat yang manis tu berlebihan.

Sejak buat kurma sumbat badam ni anak2 pun laju makan kurma. Mereka ni liat sikit nak makan kurma. 

LM guna kurma safawi dan tunisia. Entah mengapa kurma mariami payah sangat nak dapat stok area sini. Terpaksalah pakai kurma jenis lain. Kurma ajwa sesekali je makan konon nak jimat. Kalau buat snek gini cepatlah licin kepala bos besar nanti😝

Alhamdulillah susu baby cukup pekat dan meriah sejak amalkan kurma sumbat badam ni. Syukur..
www.tips-fb.com

1 comments:

SalinaJohari said...Reply To This Comment

Setuju...kurma antara snek yg terbaik...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...