Monday, July 13, 2015

Letih Bershopping Agaknya

Assalamualaikum...

Kesian baby Ariz. Tidur lena dari maghrib semalam sampai la pukul 3 pagi baru dia bangun akibat letih bershopping.. Hihihi

Bonda balik tengah hari semalam dari rumah kami, kononnya lepas tu terus nak cari pakaian dalam dan baju tidur anak2 tersayang ni tapi mereka tidur sampai la jam tiga petang. Bila dah lewat LM dah mula rasa malas nak keluar. Disebab kan ayah dah batalkan projek dia nak carik barang kat KL sebab nak luang masa penuhi permintaan ummi nak beli barang anak2 ni terpaksa juga la pergi.. Kalau tak hal ayah tak selesai akibat nak bagi laluan permintaan ummi tapi ummi pula cakap malas sebab dah lewat.. Haaaa jangan carik pasal!

Ayah kata berbuka kat luar je.. Tapi bila tengok dah pukul 4 lebih tak gerak lagi dan ayah agak busy urus beberapa perkara penting( tak penting kot cerita kat sini nanti jadi panjang berjela pula). Maka ummi gerak dulu cari barang dengan kakak, abang apit dan baby.

Berlari-lari nak cepat sebab dah lewat, main sambar2 je.. Pukul 5.45 sampai rumah. Kemas-kemas terus gerak untuk berbuka ke iou city mall. Walau sampai tak la lewat mana, tapi restoran dah penuh di booking. Takda kerusi nak makan camne kan? Take away je la..

Lima belas minit menanti terus berkejar balik rumah. Ayah dan kakak menghidang, ummi mandi urus diri sebab dah rasa nak pitam dah berkejar ke sana sini:(

Baby Ariz tidur lepas berbuka sampai ke pagi tak sedar-sedar. Kejap meniarap kejap mengiring bengkok macam udang galah.. Hehehe, letih shopping ke apa?

Bila dia bangun awal terpaksalah layan sebab takut dia jatuh katil. Kemain seronok main langsir tepi tingkap macam anak kucing . Ummi tahan mata rasa macam grrrr

Dekat pukul lima baru bangun gorengkan nasi goreng ayam untuk mereka semua, lepas tu baru dia tidur semula. Tapi.. Pukul tujuh lebih dia bangun semula. Hurmm dah puas tido agaknya. Asik nak main je baby ariz ni. Payah sangat nak tido. Kalau berjaga tu tak kisah ummi tak layan dia takpa lah. Ni.. 24 jam nak ummi depan mata dia, hai la anak.

Alhamdulillah rasanya persiapan pakaian raya anak2 dah lengkap kot. Cuma songkok je cari kat segamat je nanti. 




www.tips-fb.com

3 comments:

NurFatihah Che Daud said...Reply To This Comment

Slalu anak tak mau tido mak la yg kene tahan mata sampai anak tido...anak2...mcm2 kerenah...

Diana Rashid said...Reply To This Comment

punya la lama tidur memang ummi merdeka sungguh la semalam..kan?/hahahah

Kira Sakura said...Reply To This Comment

kira alhamdulilah lah syukur sangat uwais tak reti berjaga malam2 kalau tidak mati laaaaa besoknya nak keja lagi wuuuu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...