Wednesday, July 1, 2015

Memasak- Kena Kreatif

Assalamualaikum...

Stok barang basah takda?

Rasa nak menangis je.. Takkan nak masak lauk telur kicap kot untuk malaikat kecil ummi yang berpuasa tu.. Sobss

Makanya, kenalah fikir jauh sikit. Kreatif kan otak yang tak berapa nak kreatif ni. Guna apa saja yang ada selagi boleh dimasak walau sedikit.

Ada ikan kembung.. Tak boleh nak masak sebab dah tau dah anak2 pasti takmo ikan kembung. Hurmm peha ayam ada 3-4 ketul,tak cukup untuk dihidang buat kami yang ramai ni. dada ayam ada banyak tapi kurang disukai anak2..udang ada sikit baki dibuat sambal petang semalam. Sayur kobis panjang ada sikit.

Makanya...
Untuk orang yang takda mood sangat nak masak, ditambah sifat pemalas lagi kuat tidur.. Makanya menu paling ringkas untuk hari ni adalah..

1. Tomyam(peha ayam potong kecil+udang.. Tanpa sebarang sayur)
2.kobis panjang-goreng
3.telur bungkus(guna seketul dada ayam+ mix vege)
4.bubur lambuk seplastik- adik ad bw blk dr sek..( surau area situ sedekah)
5.air limau ais

Alhamdulillah kenyang.. Sedap. Homemade pastilah sedap. Kalau beli nanti tekak ummi ni asik merungut kata tak sedap, mulut bebel kata mahal, tak rasa apa, pedas,masin.. Ekeke.

Apa menu kalian? Ops ada sambal
Bilis hijau dlm esbok lupa nak panaskan tadi. 
www.tips-fb.com

3 comments:

hana hadi said...Reply To This Comment

Makan apa yg ada..malas nak kuar beli barang.seminggu skali bru kuar.hehe

Diana Rashid said...Reply To This Comment

saya masak rendang ayam hari ni..buat karipap sardin jugak....kenyang..:)

Pokok Manggis Depan Rumah said...Reply To This Comment

Boleh cuba juga untuk juadah hari ni.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...