Friday, July 3, 2015

Mendung

Assalamualaikum

Hari ni cucian banyak. Sebenarnya tak banyak mana cuma merajinkan diri mencuci sikit2 pakaian raya anak2 ni supaya tak la kelam kabut nanti.. Dah siap cuci boleh siap2 gosok.. 

Sejak semalam LM cuci sikit2 baju mereka .. Baju tidur qila, baju tidur baby.. Untuk yang lain belum mula lagi. Takut tak cukup ampaian memandangkan pakaian yang sedia ada pun dah tiga bakul. 4 yang sekolah, bermakna 7 pasang pakaian sekolah mereka, tak termasuk tudung 4 helai, stokin.. Dan pakaian pergi tuisyen serta pakaian harian kami lagi.

Tup tup.. Bila cucian banyak, mendung la pula langit tengah2 hari ni. Memang dah seminggu lebih tak hujan, panas sampai nak masuk bilik pun tak sanggup, terasa macam duduk dalam oven. Kalau siang dah on aircond di hall takkan nak on kat bilik jugak setakat nak duduk solat sekejap.. Memang sangat panas. Harapnya andai jadilah hujan kejap lagi turunlah lebat sikit agar dapat redakan bahang panas ni.

Tempat korang hujan tak?
www.tips-fb.com

2 comments:

Travelog Sunyi said...Reply To This Comment

mendung je nak g keje pg td...
xbest kan kak basuh baju xpanas terik ni..hihi

Kira Sakura said...Reply To This Comment

tempat kira ni seminggu ni memang hujan je. baju memang tak kering. sudahnya ktorg bawak pegi dobi 24 jam tu. situ kan ada mesin dryer. balik rumah lipat je terus. senang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...