Friday, July 10, 2015

Menidurkan Bayi Dalam Buaian.

Assalamualaikum..

Buaian... Ramai yang mengatakan tidurkan bayi di dalam buaian tu amat bahaya. Risiko bayi jatuh, gegaran otak, lemas akibat bayi tidur meniarap dan lain- lain lagi.

Tapi..
Bukan semua bayi mau tidur di atas lantai. Anak pertama LM dulu tidur bawah je. Tepuk2 terus dia tidur. Baik dan tak banyak ragam. Alhamdulillah..

Tapi.. Anak kedua memang tak mau tidur selagi takda buaian. Dodoi la macam mana pun tetap tak mau tidur. Akhirnya pasrah kena tidurkan dalam buaian juga. Namun, syukur dia tak minta buaian jika out station ke mana2. TAK PERLU nak angkut buaian besi tu ke sana sini masuk hotel.. Hehehe

Anak ke tiga.. Tak ajar tidur dalam buaian sebab takut dia nak minta buaian kerana lepas dia 4-5 bulan kami terus berhijrah ke Doha. Kalau dalam pesawat nak berbuai kan parah!

Anak ke empat, sama juga, tak ajar masuk buai. Tapi.. Bila bawa balik Doha masa 44 hari tu menangis tak mau tidur malam walau dah kekenyangan. Didodoi cara mana pun tak jalan. 

Terpaksa minta adik tolong paskan buai letrik pada sahabat kami yang kebetulan balik malaysia sebab ada training masa tu. terpaksa.. Takda pilihan dah. Kat sana mana ada jual buaian macam kat sini:(

Baby Ariz.. 
Sama juga. Konon takmo ajar berbuai. Tapi tetap takmo tidur. Akhirnya pasrah.. Tumpang masuk buai abang apit dia. Tapi berebut la pula. Balik tadika (abang apit dekat 4 tahun)abang apit merayu nak guna buaian dia baby pula tak boleh tido. Abang dah letih sekolah biarlah dia rehat tengah hari dalam buai, janji tak mengamuk dah la..

Akhirnya ayah kena beli buai lain untuk baby. Melabur lagi 200 hengget untuk buai baby pulak. Terpaksa lah..

Kenapa baby mudah tidur jika dimasuk dalam buaian?
1.apabila bayu masuk dalam buaian, berat baby tu akan membuatkan badannya jatuh kebawah dan kain kiri kanan akan seolah2 memeluk bayi. Bayi akan rasa selesa dan mudah tidur.

2.buai yang berayun akan buat bayi mudah terlena seakan-akan berada di dalam rahim ibu semasa dalam kandungan.

Bagaimana cara untuk mengurangkan risiko jika menidurkan bayi dalam buaian?
1. Jangan ayun buaian terlalu kuat. Gegaran otak boleh berlaku jika ayunan terlalu kuat dilakukan terhadap bayi.
- jika guna buaian elektrik setkan tahap minimum dan kurangkan penggunaan spring mengikut berat bayi seperti yang disarankan 

2.letak alas tebal seperti toto atau selimut dibawah buaian. Andai kata bayi anda terjatuh masih boleh dielakkan sebarang kecederaan

3.laraskan buaian berada rendah dengan lantai agar bayi tidak terhentak terlalu kuat jika terjatuh

4. Pastikan bayi tidak diletakkan meniarap di dalam buai agar tidak lemas terutama jika menggunakan kain batik atau kain pelikat. 

5.pastikan hujung kain  buaian(bahagian kaki bayi) sentiasa ditutup dengan pin atau penyepit baju bagi mengelakkan baby keluar sendiri dari buaian.

Harap kita semua sentiasa menitik beratkan soal keselamatan bayi kita apabila tidur didalam buaian. Jika baby nak tidur bawah macam si kakak untung la.. Kalau dah terpaksa tidur berbuai macam yang 4 orang ni memang kena lebih berwaspada .. Wallahua'lam.


www.tips-fb.com

2 comments:

Aisy Nasiha said...Reply To This Comment

Setuju dengan LM, kena ikut keadaan budak juga. Kita yang kena pantau dan jaga anak elok2 walau apa cara yang kita pilih.

Anak2 saya tak diajar tidur dalam buai.. tapi ada masa yang diorang pernah tido dalam buai, contohnya masa tinggalkan beberapa hari opah jaga, opah tdurkan diorang dengan buai..pelik saya. Bila balik ok je kembali tidur macam biasa.

Kira Sakura said...Reply To This Comment

kira pun awalnya tak nak ajar anak tido buai sebab takut dekat rumah pengasuh takde sediakan buai(masa tu memang tak kenal pengasuh lagi) tapi dekat rumah mama banyak semut. bila tido kt tilam dia atau katil selalu semut panjat dia. nak tak nak kena gak bagi buai. memang dia tido lama sikit. alhamdulilah kalau outstation pun dia boleh tido walau takde buai dia. dan bila dah besar dia boleh tido bawah dengan pengasuh dia. kalau ada kira memang takde la dia nak tido buai walau dari kecik kenet dlu hihihihi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...