Tuesday, July 14, 2015

Packing Baju

Salam..

Weeee ramai yang dah balik kampung ke?

LM baru nak mula packing baju. Anak lima, phewww kena buat satu-satu dulu. Yang besar berdua tu ummi tinggal cek je nanti. 

Hari ni ayah work from home, boleh dia pandang2 kan baby Ariz sementara ummi mengemas.

Banyak kerja nak buat sebenarnya, tapi lemau je nak mulakan tugas mengemas:(

Di kesempatan ini LM ingin menyusun jari mohon ampun dan maaf pada kalian atas salah silap terkasar bahasa atau terlanjur perbuatan. 

Silalah datang bertandang ke rumah, boleh kita berborak dan merapatkan ukhwah. Ops buka. Rumah kat segamat ye, Rumah kat segamat tu tempat tido je, siang2 duk rumah bonda. Lepas solat jumaat dah gerak balik kampung bos besar. Meh la raya kat rumah kami.. Kat kampung takda kuih atau masakan air tangan LM pun.. Ekeke.

Berhati-hati di jalan raya, moga selamat sampai. Gunakan masa bermakna untuk bermanja bermesra dengan ayah bonda dan adik beradik walau masa yang ada tak panjang. 

Nota ringkas: mungkin blog akan terbenglalai selama bercuti atau.. Mungkin akan berupdate tiap sejam.. Ekeke

Selamat hari raya.. Masa sangat terbatas. Babai..
www.tips-fb.com

7 comments:

NurFatihah Che Daud said...Reply To This Comment

selamat pulang ke kampung ye LM...berhati2 dijalan raya...selamat hari raya...

LYAfrina said...Reply To This Comment

smoga slamat tiba di kampung halaman..

Salam Aidilfitri
Maaf Zahir & Batin

Kakzakie said...Reply To This Comment

Selamat balik kampung LM
Kakak masih kerja lagi hari ini. Ala... duduk JB balik kg dekat aje tak sampai sejam dah sampai hihi...

Selamat Hari Raya, maaf zahir batin dari kakak.

Hanim Mahali said...Reply To This Comment

Selamat hari raya kak..

Kira Sakura said...Reply To This Comment

Selamat hari raya kak. maaf zahir dan batin

kira pun bab packing baju mesti tunggu sampai dah nak blik dekat2 kalau tidak keja duk re pack balik je beg tu hahahaha

Zalin Mansor said...Reply To This Comment

datang blog ni setelah hampir 2 tahun x blogging..Selamat Hari Raya kak..

Mummydearie said...Reply To This Comment

Bab packing baju tu boleh tahan lagi. Bab unpack tu nanti yang letih. Terasa macam lebih banyak baju yang dibawa dari yang sepatutnya. Kami balik kampung petang raya. Berbuka di tepi highway aje. Sampai dah malam. Awal pagi Sabtu dah gerak balik ke KL. Raya macam tak raya aje rasanya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...