Monday, July 13, 2015

Pos Laju-Musim Perayaan.

Assalamualaikum...

Setiap kali musim perayaan terutama perayaan hari raya (raya lain aku tak ambik kisah) memang banyak yang tak puas hati dengan perkhidmatan pos laju. 

Kebetulan ada beli kek lapis dengan sahabat baik adish shida. Dia kata nak pos pakai citylink je sebab risau tak sampai kalau pakai pos laju biasa katanya. Ye lah.. Tahun lepas pun  LM banyak kali kena pos barang dan tart nenas tak sampai ke destinasi, barang hilang dan barang lewat sampai lunyai hancur tu memang biasa berlaku. Tahun ni merajuk dengan pos laju terus takmo jual online.

Alhamdulillah kek lapis sampai tanpa sebarang 'kecederaan' dengan citylink. Dorang hantar jam 8.15 malam. Uik malam2 pun kerja ke dorang ni?

Shida pos tengah hari khamis barang sampai hari jumaat. Macam dekat je kedah tu kan? Hehe.. Taniah citylink.

Jumaat tengah hari pula LM tergerak hati nak order masker. Dah nak raya gatal tangan lagi nak beli online. Padahal dorang dah cakap last penghantaran adalah jumaat tu. nekad!

Hari ni debar2 takut sangat barang tak sampai. Pos laju? Takutnya... Bila jam dah pukul 5 petang hati dah menangis dah. Dua tahun lepas pun beli lipstik musim raya barang lesap tak dapat pun. Posmen bohong kata kami takda rumah padahal kita duk menanti macam nak giler tunggu barang. Sampai ke sudah mereka tak hantar barang tu semula. Nak gi tuntut? Takda masalah nak ke bangi jauh2 tu.(masa tu barang akan dihantar ke bangi sekarang ke balakong)

Syukur.. Tahun ni bagus la pula perkhidmatan pos laju. Jam 6.15 ptg dorang hantar barang.. Syukur. Dah nak balik kampung barang tak sampai, kecut perut.

Kenapa dah nak raya baru nak beli?
Haha saja gatal tangan nak order. Kikiki




www.tips-fb.com

3 comments:

CintaHati Lina said...Reply To This Comment

Kadang kita takut jg ngn pos laju ni.. dr pos laju jadi pos lambat..seian kat customer menanti barang.. hujung2 ni saya byk guna gdex..skynet.. citylink je..

Salam perkenalan dari mommylina..dan salam AidilFitri..

Kira Sakura said...Reply To This Comment

pos laju sekarang dah makin improve tapi memang tak nafi city link servis dia ok. sebab kira kan duk terima barang hari2 dari posmen kat opis ni hihihihii

Mummydearie said...Reply To This Comment

Oh, baguslah sempat sampai! Saya memang tak berani nak beli apa-apa bila dah dekat-dekat perayaan ni. Takut barang tak sampai!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...