Monday, July 6, 2015

Raya: Anak-Anak Sangat Teruja

Salam..

Raya..
Anak- anak sangat teruja. Sibuk tanya bila kita nak buat biskut raya ummi?

Haha butter ada kat kedai lagi nak! Ayah dah order kek lapis sarawak dua bijik tu cukup la kan.. Ummi pun awal-awal dah order kek lapis sarawak dua bijik dari sahabat baik, maka kita ada 4 jenis kek lapis. Ekeke. Satu bekas lagi letak gula-gula satu lagi letak je apa2.. Cukup la 6 bekas .. Meow!!

Raya tahun ni ada baby yang sangat manja tak rasa kot mampu buat kuih raya. Kalau buat pun tak la meriah sangat. Seadanya je kot. Kot... 

Syafiq dah melompat gembira nak balik rumah mak, tau nak raya rumah mak.. Tau boleh main dengan atok dan mak sedara dia. 

Adik ad pun sibuk dah tanya raya mana dulu. Lama mana kita balik.. Hihi anak-anak ni kalau bab beraya suka sangat la mereka. Bukan selalu pun raya kan.. 

Raya ni, 
1. Pasti ramai tegur ummi gemok:(
2.pasti ramai yg cuba2 nak sumbat mulut baby dgn apa2 makanan. Takutnya ummi.. Baby baru 4 bln ..
3.kesihatan diri merundum, sakit sendi mungkin sedikit membuat mood raya tu merosot. Nak bangun duduk sangat sakit.


Nota kaki: belum sempat beli sesuatu utk ayah . Harap sempat beli hujung mgu ni. 
www.tips-fb.com

2 comments:

Aisy Nasiha said...Reply To This Comment

Haha. Anak2 saya tak pandai lagi teruja nak raya tapi bila sebut balik kg mama, diorang dah mula menghitung hari.. balik tadi naim dah sebut banyak kali katanya sekolah lagi 6 je dah balik kampung, kan? Saya senyum je..

Kira Sakura said...Reply To This Comment

hahahahaa masing2 kalut hitung hari. ktorg kat sini pun hitung hari jugak nak balik kampung wehehehehe. sape tak syok dapat balik kampung kan :p

kira lagi la takde beli ape pun. setakat beli almond je kat mak uwais. dalam kata takde beli ape tu kan? wahahahahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...