Sunday, July 19, 2015

Raya Kedua

Salam...

Eh hari ni dah 3 syawal pun kan? Kejap je masa berlalu.

Tak sempat cerita kisah semalam, hari ni baru nak update. Namanya blog peribadi maka blog jadi  diari lah kan.. Hehe

Bila dah 'bertapa' di kampung bos besar biasanya rutin raya takda projek apa pun. Takda program ke sana sini jalan raya, cuma duduk santai penuhkan perut kami agar terus muncit dan muncit lagi.. Ehehe. Tiada rutin melawat sedara mara kat melaka, takda peluang nak lawat ibu angkat di sg rambai(sobss rindu ibu angkatku.. Moga tahun dpn pjg umur dpt jmp ibu)

Tapi, disebabkan petang raya pertama tu tak sempat melawat rumah along(akak iparku), maka raya kedua wajiblah terjah rumah along. Biasanya petang raya pertama memang beraya rumah along. Tak jauh pun dengan rumah mak encik z.  Makanya bila tak sempat tu jadual kami terisi dengan melawat makngah dan makcik di sebelah rumah dan terus lunch di rumah along. 

Kesian along dari petang hingga ke malam dia duk tunggu kami. Lepas makan duduk2 bergosip bagai dan tergolek terbaring dengan tak malunya mujur tak terlelap. Lepas adik ipar along datang lelaju angkat montot tinggal kan apit yang tido tu berkejar balik rumah mak encik Z nak angkat pakaian dia jemuran. Pakaian yang dalam mesin basuh akak encik z dh tolong sidaikan.. Tq la makteh, hanya Allah yang dpt membalas, harapnya tak terasa diri diperlaku macam 'bibik' menyidai pakaian penuh semesin. Huhuhu

Raya wehhh baju penuh ampaian. Baju yang kami basuh di segamat pun ada, tak kering. Anak ramai.. Paham2 je lah banyak mana bajunya

Proses melipat baju bagai membuat masa pantas bergerak  ke lewat petang. Malam yang panas bikin lagi panas bila ada ank tetamu yg dtg(ank indon), entah gaduh berebut apa dgn apit tak tau la.. Dia terajang perut apit. 

Allahu Akbar... LM dah baring dah sambil nak tido kan baby Ariz. rasa nak meletop dada. Terajang perut lak tu... Budak perempuan tua sikit dari apit lagak cam samseng kampung duk main terajang2.. Mujur tahap waras dan kesabaran masih bersisa. Urut perut apit sambil pujuk2.. Mujur mau berhenti nangis. 

Sesekali dia masuk bilik ngadu sakit perut walau tak nangis lagi. Senak kot?

Hurm.. Peringatan untuk diri sendiri, kalau nak raya tak yah lama benar sampai time orang nak tido pun masih lagi duk kat rumah orang. Risau tak terjaga anak sampai jadi heroin kampung pisang pun kita tak perasan. Nak- nak anak tengah lasak dan sayang sangat sampai tak boleh tegah. Tak pernah tegur. 


Ni ha kami duk 'berkampung' reramai dengan anak yg lasak(apit), cengeng(acha dan adik ad) buat LM tahan napas dendalam je lah. Risau sangat, anak kita dah la lasak, aktif, gurau kasar.. Huhu. Risau terusik ter sakitkan ank orang pulak.. Huhu

Ahkak yang nyusukan baby ni makan macam nafsu naga. Segan wehh duk umah orang makan selera je. Tak makan perut lapar baby pun lapar. Bila nak balik carik nasik kat dapur sendirik ni. Aduh duh duh... Perut ku sentiasa berbunyik kruk krukkk krukkk mintak diisi:(

Eh korang segan tak kalau asik lapar kalau  duk kat umah orang? Cer jawab jujur. Meowww
www.tips-fb.com

1 comments:

Mummydearie said...Reply To This Comment

Aha...nak jawab soalan tu. Masa mak mertua ada di rumah, saya makan sopan aje. Tak pernah bertambah. Ada sekali tu terasa lapar sangat tengah malam,siap berjingkit masuk dapur, senyap-senyap meratah lauk. Asal dengar bunyi tapak kaki aje dah kalut nak cari tempat sembunyi. Itu kat rumah sendiri LM. Kalau kat rumah orang, rasanya kutahan lapar bawa tidurlah nampak gayanya!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...