Friday, July 10, 2015

Resepi Ayam Goreng Tepung Style Mamak

Assalamualaikum...

Ayam goreng mamak. Kegemaran kami anak beranak. Masa hamilkan baby Ariz zaman mabuk tak lalu makan dulu dapat ayam goreng mamak ni seketul makan dengan nasi panas pun dah cukup syurga dah kat hati ni..

Bila pergi sarapan kat kedai mamak sementara menanti roti canai siap anak-anak akan makan ayam goreng dulu. Erk...anak ramai, pasti dua tiga ketul sekali jalan(tu pun kena potong kecik2, makan kongsi2). 

"Kalau makan banyak dah kenyang nanti siapa nak makan roti canai awak tu nanti?"

Tu ayat biasa yang LM bagi kat dorang. Lagi pun.. Seketul ayam dah rm4. Kalau ambik 4 ketul dah berapa kan?  Ambik banyak2, lepas tu tak abis.. Haish membazir!

Bulan puasa takda masa nak menebeng kat kedai mamak, maka kenalah ummi gigih goreng sendiri ayam tu. ekeke. Padan muka kau ummi!


Ni ayam goreng mamak versi ummi.  Goreng sikit je baki aritu. Hari tu buat ada lebih terus bekukan, tadi tinggal goreng je.

Mudah je nak buat ayam goreng ni . Cuma malas atau rajin je. 

Bahan- bahannya:
Ayam
3 sudu tepung beras
3 sudu tepung jagung
Garam
1 telur
1/2 sudu teh ketumbar
1/2 sudu teh jintan manis
3 tangkai cili kering
2 ulas bawang putih
4 biji bawang merah

Blend semua kecuali tepung. Campur semua bahan bersama tepung, aduk dengan air . Jangan terlalu cair.

Perap ayam dalam 1-2 jam. Goreng dengan api sederhana. Angkat apabila telah garing kuning keemasan. Toskan minyak dan boleh dihidangkan.

Selamat mencuba. Ada pelbagai resepi yang LM dah cuba. Resepi ni LM buat selama bulan puasa ni. Elok garing tepungnya. LM sengaja guna cili kering untuk rasa pedas. Ada orang guna serbuk kari tapi warna ayam kurang merah jika guna serbuk kari dan rasanya lain sikit bila guna kari. 

Terserah nak olah resepi bagaimana, janji makanan homemade tu lebih sedap dan lebih besar nikmatnya . Air tangan ibu katakan..


www.tips-fb.com

3 comments:

NurFatihah Che Daud said...Reply To This Comment

Macam best je ni...selalu ayam goreng biasa je...bole tryla lepas ni kalau rajin..hihiiiiiihi

Aisy Nasiha said...Reply To This Comment

Betul2.. setuju dgn LM.. kalau g makan, budak2 ni tak nak kongsi, kat kedai aym dia besar2.. lepas tu dua2 tak abis makan, membazir jadinya.. kalau kat rumah kita masak sdiri bolehla buat saiz comel je, anak ulang makan banyak kali pun xpe.. kosnya jimat sikit..

Kira Sakura said...Reply To This Comment

ummi rajinnnnnn hihihihihi

sedap kan kak ayam ni nak pulak panas2 tu tepung dia ranguppppp

haishhh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...