Saturday, July 18, 2015

Selamat Hari Raya

Assalamualaikum


Selamat hari raya.. Maaf zahir batin. 

Alhamdulillah, tahun ni giliran beraya di johor. Yeayyy!!!

Seperti biasa menu kami ketupat, rendang daging, ayam masak merah, satay goreng, kuah lodeh. Beli lemang, adik lelaki pula beli nasi impit tradisional yang balut daun pisang tu.. Sup tulang.. Sambal kacang. Meriah!

Sedikit kecoh raya kali ni sebab adik ipar LM nak bersalin. Kelam kabut kami bungkus lauk pauk hantar ke hospital untuk bagi adik makan dan hantar kan stokin sebab adik ipar dah menggigil kesejukan dalam labour room. 

Di sebabkan nak melawat tak dapat kami terus ke rumah atok dulu untuk beraya. 12.25 tengah hari insan baru lahir ke dunia. Nak melawat pun dah tak sempat sebab masa melawat tapi bila mereka usai solat jumaat, petang pun LM dah gerak balik ke kampung bos besar..insyaAllah balik kl boleh jumpa baby baru.. Yeayy baby Ariz ada geng!

Sampai kampung bos besar dah pukul lima, dah lesu, lunyai.. Berpeluh2.. Semua dah moody. 

Syukur baby Ariz tak meragam walau ru satu badan, eczema makin teruk:(

Raya... Walau cuma sekejap bersua tapi tetap meriah dan membawa bahagia. Dapat hulur sikit duit raya buat atok, ayah bonda dan adik2 walau diri ini tak kerja dah membawa 1001 kebahagiaab di hati ini. 

Ops.. LM memang kedekut. Tak pernah pun agih duit raya pada orang lain sebab tak kerja. Selama ni memang bagi ayah bonda dan adik2  serta anak2 je. Dah ada anak buah ni bagi anak buah. Tahun ni anak buah dah dua orang.. Ngeee..

Korang yang kerja tu boleh la bg duit raya kan.. Hehehe




www.tips-fb.com

2 comments:

NurFatihah Che Daud said...Reply To This Comment

Selamat hari raya LM...saya pn tk bg duit raya sbb tk kerja...husband je bg...

Mummydearie said...Reply To This Comment

Baguslah tu, LM. Tak kerja pun masih bagi duit raya. Ada yang tak kerja, tak payah bagi. Tapi sendiri punya kemampuanlahkan. Bukan boleh paksa-paksa orang bagi duit raya :)

Untunglah dapat balik Johor ya. Mesti seronok sebab beraya di kampung sendiri. Macam saya ni takda tunggu giliran nak raya di mana tapi serius kata, tahun ni paling tak seronok. Oppss...!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...