Wednesday, July 29, 2015

Stok Bahan Mentah

Assalamualaikum...

Stok bahan mentah merupakan benda wajib ada bila keinginan memasak tu wujud dalam diri seseorang.

Rajin atau malas memasak tu bergantung juga pada ada atau tidak stok bahan mentah. Kalau mood rajin muncul tak jadi apa jika bahan nak memasak takda dalam simpanan peti beku/sejuk.

Yeayyy hari ni ayah ke pasar borong top up bahan mentah. Ayam wajib ada, selain tu ummi pesan udang, daging, ikan siakap juga. Tomato dan carrot serta sawi jepun, fish ball merupakan stok wajib ada bila ke pasar.

Lega.. Beberapa hari ni tak perlu pening memikir menu sebab bila dah ada bahan mentah tu menu biasa sudah tergambar di minda. Anak2 syurga ni tak perlu dihidang menu canggih pun, mereka tak cerewet dalam memilih lauk. Janji masakan ummi elok saja mereka berselera makan.

Ayam boleh digulai, kari, kurma, masak merah, goreng bertepung atau goreng berempah.. Apa saja masakan laku di rumah ni.

Udang boleh di buat sambal atau digulai lemak cili api

Ikan siakap biasanya LM buatkan tiga rasa kerana masakan ikan kukus kurang laku di rumah kami.

Daging dah siap direbus.. Nak kari, kurma,sup, sambal atau daging masak merah bila2 masa saja tak jadi masalah..

Syukur atas nikmat yang Allah kurniakan. Walau tak mewah cukup rezeki buat kami sekeluarga.. Tak perlu bermewah cukuplah bersederhana dalam hidupan ini, insyaAllah sederhana juga jadi kunci kebahagiaan dalam kehidupan:)

Ummi?
Lauk kering2 amat ummi suka. Ada sambal bilis kentang pun dah cukup buat ummi..hehehe
www.tips-fb.com

3 comments:

Kakzakie said...Reply To This Comment

Betul kalau bahan mentah dah sedia sebelum masuk dapur dah terfikir lagi mana nak dibuat. Tapi kadang bila banyak bahan mulalah kejap fikir nak masak ini kejap tukar lain..

NurFatihah Che Daud said...Reply To This Comment

Sebenarnya masak yg simple tu yg paling best tu...kadang nasi panas dengan bilis goreng pn bertambah2 nasi...hehehe

Mummydearie said...Reply To This Comment

Bagi orang yang rajin, kalau ada bahan mentah semua pun jadi. Bagi yang tak berapa rajin (macam tukang komen ni) ada bahan mentah melambak-lambak pun dok garu kepala tak tahu nak masak apa! Rumah saya sekarang ni ayam dah kena ban. Tak boleh masak ayam. Tinggal ikan dengan daging aje. Demi anak ku yang makin bambam, terpaksalah kita sekat segala ayam dari masuk rumah. Mainan ayam pun tak boleh. Hahaha!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...