Thursday, July 30, 2015

Tanda-Tanda Anda Semakin Gemuk

Assalamualaikum...

Gemuk.. 
Ops GEMOK!

Bambam.. Tembam, montel, berisi(bahasa kiasannya)

Sama saja apa pun perkataan kias atau tidak tetap menjurus kepada satu hal
Iaitu anda telah gemok!

Apa tanda-tanda anda telah gemok? Ni akibat makan juadah sepanjang hampir dua minggu beraya sakan la ni kan?

-badan anda telah besar. 
-Saiz anda mungkin telah berubah
-pinggang anda telah berubah ukuran
-perut anda telah maju ke hadapan
-seluar anda tak memerlukan khidmat tali pinggang/perlu ubah lubang tali pinggang ke saiz yang lebih besar
-tali jam tangan anda semakin ketat dan perlu di alih ke lubang yang lebih besar
-muka anda nampak tembam bila memakai shawl.

Tapi ada juga yang  tak perasan badan mereka naik sampai ada yang tegur "eh dah gemok kau sekarang ek?"

Sentap tak orang tegur gemuk? Tipu lah kalau korang pernah kurus sebelum ni tup tup badan naik sikit orang tegur kau gemok kau tak sentap..

Kecuali.. Kau memang jenis yang dulu kering melidi memang nak membesarkan saiz sikit supaya kelihatan normal berat dengan ketinggian.. Tu lain la kan?

Ops gemok lepas raya? Jom la kita kuruskan badan sebelum semakin menggebu .. Tuan tanah pun makin membulat ni. Sobsss



www.tips-fb.com

4 comments:

Chekgu Azrine said...Reply To This Comment

haduss...sensitip betulla LM kalau orag kata kita makin gemuks..risau tau

Kakzakie said...Reply To This Comment

Kalau dah makan cukup hati pulak senang tak ada masalah, nak kurus punyalah payah dik oii! Tapi itulah ada org yg jenis maintain aje walau makan macamana pun...

NurFatihah Che Daud said...Reply To This Comment

Hehehhe...mmg berpotensi tuk gemuk ni sbb beraya makan yg berat2 je..kuih2 pandang sebelah mata je...tp slalu org tegur nmpk kurus je...hehhehe

Mummydearie said...Reply To This Comment

Hehehe...very sensitive issue tau! Mana ada orang gembira bukan kepalang bila dikata gemuk. Resah of course tapi sekejap aje. Lepas tu melayan resah tu dengan makan and makan lagi ~_^ Tension katanya dikatakan dah gemuk :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...