Monday, July 6, 2015

Terkencing.

Assalamualaikum

Letih walau tak tau buat apa. Baby Ariz kuat pula menyusu hari ni. Hurmm... 

Biasanya bila ambil abang apit dari tadika mesti LM bawakan air kotak untuk dia. Air kotak yang diseludup simpan dalam kabinet saja LM sejukkan dulu untuk dibawa semasa jemput dia pulang dari sekolah.

Dulu dia ni suka ajak LM ke kedai beli aiskrim bila balik sekolah, lepas tu dia sambar susu dutchlady dua kotak. Susu tu sah-sah dia bedal dua kotak sekali gus. Aiskrim beli 3-4 batang, cukai tiap hari tak cukup rm5. Masa lagi, panas nak keluar kereta dengan baby Ariz lagi.. Lama2 LM malas nak layan ke kedai tu yang bawa air dari rumah konon beli dulu sebelum ambil dia. Hihi

Memang susu atau milo je lah air dia. Bila stok hampir habis lelaju minta bos besar belikan supaya tak mengamuk dia ajak beli kat kedai. Hihihi.. Puasa kot.. Makin malas nak bergerak banyak! 

Tadi lupa nak bawa air kotak dia, haishh. Dia okey je bila kata lupa nak bawa, tapi.. Biasanya dia minum dalam kereta tapi bila lupa nak bawa dia minum di rumah. Dan.. Terjadilah TRAGEDI  'kencing depan pintu bilik mandi'

Bila sibuk menghabiskan air sekotak tu dia lewat la mandi, tergesa2 berlari nak ke bilkk mandi tak sempat buka seluar terus melimpah2 air kencing depan pintu bilik mandi. 

Ummi urut dada sambil kluarkan ayat, "nape apit buat ummi camni?" Bla bla bla..

Menangis meraung2 lah dia. Alahai anak... Kena tegur nangis macam kena cubit. Orang lain tu kena belasah dengan mak tiri camne lah nangisnya dik!

Kenapa sampai terkencing?

Dia ni memang takmo kencing kat sekolah sebab kat sekolah tandas cangkung kata dia. Anak ummi sungguh kan? Sama macam ummi tak suka tandas cangkung. Tapi ummi bersebab.. Sebab lutut ummi sakit, sebab lepas bersalin.. Sebab kalau hamil pun memang tak suka guna tandas cangkung. Tu yang payah nak gi rumah orang tu, jenuh duk tahan kencing.

Anak2 ni pun sama, tandas kurang sesuai dengan mata mereka mulalah takmo guna tandas tu. dulu LM pakaikan pampers tau dia gi sekolah sebab tau dia mesti takmo cakap dengan cikgu kalau nak buang air sebab belum mesra. Tapi cikgu suruh LM bukak pampers, takpe kalau terbabas pun kata cikgu. Ramai je gitu katanya. LM kata takut menyusahkan cikgu.. Tapi cikgu tetap kata takpe tu yang tak pakai pampers tu tapi tetap takmo kencing kat sekolah dengan alasan tandas tu kena buat camni( siap buat aksi mencangkung lagi depan ummi). 

Hai la anak.. Ingatkan abang akak dia je tahan kencing dan sakit perut kat sekolah sebab takmo guna tandas cangkung. Sian la pulak kat anak2 ni.

Nota kaki: dulu masa duk qatar, masa ank2 sekolah kat Doha Academy LM selalu intai tandas mereka. Tandas duduk untuk kanak2, comel je rendah dan mangkuknya kecil. Hihi..


www.tips-fb.com

1 comments:

Kira Sakura said...Reply To This Comment

adoiii kesiannya dorang huuu. tapi tula kalau tandas cangkung ni riso jugak. riso kebersihan tambah kalau dekat public ni

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...