Wednesday, July 8, 2015

Tips Mencuci Pinggan Dengan Mudah Dan Cepat

Assalamualaikum...

Yihaa.. 
Dah lama tak share tips rumah tangga kat sini. Memandangkan ada sikit masa sambil layan baby Ariz LM share cara mudah dan cepat mencuci pinggan mangkuk bagi mereka yang merasakan kerja mencuci pinggan mangkuk tu amat payah dan membebankan terutama bulan ramadhan yang biasanya jumlah piring kuih muih akan lebih berbanding bulan-bulan biasa.

Awas.. Jangan biarkan pinggan kotor semasa berbuka masih tak dicuci kering terbiar di atas meja sehinga waktu bersahur. Pinggan /gelas yang telah kering akan lebih sukar untuk dicuci. Sisa nasi akan jadi kering dan melekat begitu juga mungkin sisa cincau atau selasih mengeras di dasar gelas akan menyukarkan kerja cucian.

1. Pertama sekali asingkan sisa makanan sebelum dicuci
2. Cuci perkakas yang tidak terlalu kotor seperti gelas, jug air, kemudiannya pinggan dan seterusnya sudu senduk dan akhir sekali barulah periuk dan kuali.
3.Jangan mencuci sebiji gelas kemudian terus dibilas. Ia akan melambatkan tugas cucian dan akan berlaku pembaziran air apabila paip air terpasang tanpa ditutup. 

Leceh kan.. Membilas gelas dengan tangan bersabun dan kemudian kita pegang lagi span untuk mencuci gelas berikutnya dan kemudian nak bilas lagi. Lebih mudah habiskan membersih pinggan/gelas tersebut hingga habis dan kemudian terus bilas sekali gus.

Selepas di cuci terus toskan pinggan/gelas tu semua dan boleh terus dilap dan disimpan kembali. Mudah kan?

Andai kata pinggan terbiar kotor hingga kering..

1.buang sisa makanan terlebih dahulu
2. Rendam sebentar pinggan kotor dengan air dan terus cuci seperti tips di atas

Jika bekas makanan berminyak atau berlemak..
1.rendam dengan air panas biar minyak dan lemak beku tersebut larut
2.cuci dengan sabun seperti biasa.

Nota ringkas: kerja mencuci pinggan mangkuk akan menjadi seronok jika tiada sisa makanan menimbun di dalam sinki. Kita akan jadi malas mencuci apabila gelas jadi berminyak bercampur aduk dengan periuk, kuali dan pinggan di dalam sinki lebih-lebih lagi jika sinki bertakung air.. Euwww..

Berjimatlah dalam melakukan kerja mencuci. Sebab tu LM lebih gemar melakukan kerja menyabun terlebih dahulu baru dibilas sekali harung berbanding menyabun sebiji gelas dan terus bilas dengan membiarkan air paip terpasang. Jika paip dibuka terlalu besar berapa baldi air terbazir begitu sahaja?

Nota tambahan: tergerak hati berkongsi tips ini apabila hati jadi bernanah melihat kerja maid mencuci pinggan mangkuk kami. Sebijik pinggan disabun terus dibilas . Bila menyendengkan pinggan ke rak pinggan air paip tetap terpasang. Patutlah bil air dari rm20 + jadi rm100+ bila dia mula melangkah masuk ke rumah kami.. Hurmm... Membazir tu amalan syaitan. Ingat tu!


www.tips-fb.com

7 comments:

Diana Rashid said...Reply To This Comment

betul..basuh gelas satu,bilas..lepas tu basuh satu lagi gelas..cara tu buat bil air pun melambung2..heheh

Hafizin Jamil H.J said...Reply To This Comment

banyak beza bil air tu before and after maid masuk. 20 + ke 100+. fuh..

fiza hasan said...Reply To This Comment

saya paling suka part cuci..nak mengemas tu lambat ckit..hihi

Rai OurKizuna said...Reply To This Comment

maid tu masih kerja lagi ke dengan LM?

uncle gedek said...Reply To This Comment

Curi pinggan?

Cabooottttt...!!!

najihah sahami said...Reply To This Comment

tugas cuci pinggan mangkuk serah kat suami bulat-bulat kalau dia ada...sebab mish tak suka basuh pinggan mangkuk. hahahaha

Aisy Nasiha said...Reply To This Comment

Haha.. kalau bab ni.. rasanya kalau naim datang mood nk mencuci pinggan memang tak jimat air.. dipasangnya air sepanjang masa..sampai kena marah baru dia stop..padahal dia cuci cawan r pinggan dia satu biji je.. main air lebih2.. lagi satu masa dia mandi sambil cuci mainan dia macam ala2 buka carwash, adoi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...