Monday, August 24, 2015

6.10 Pagi

Assamualaikum...

Lawat ayah di kampung semalam kami jam 9 pagi sampai rumah  jam 5 lebih petang semalam. 

Letih yang masih tersisa di tubuh dan minda ditambah pula baby ariz yang tak berapa lena tidur malam tadi akhir nya buat LM lewat bangun pagi tadi.

Memang sedar alarm berbunyi jam 5.30 pagi macam biasa. Lepas tutup alarm sambung tergolek lagi di hujung katil. Tup tup sedar 6.10 pagi. Sayup-sayup dengar suara orang berjemaah solat subuh di masjid.

Allahu Akbar!
Lewat sungguh ni. Melompat terjun katil. Terus kejut anak-anak. Mundar mandir di dapur tak tau nak capai apa. 6.30 pagi bas sekolahakan sampai. Dup dap dup dap jantung bagai nak runtuh. Terus masuk tandas cuci muka bagi segar sikit agar otak boleh berfungsi.

Ke dapur semula capai dada ayam yang dah siap defrost tu, terus blend kan bawang bagai dan grill kejap. Akhirnya... Menu sarapan dan bekal hari ni sandwich ayam tanpa salad. Hanya mayo dan sos saja. Cukup lah kot..itu saja yang termampu. Mujur tak terhiris jari. Hihi padan muka. Siapa suruh sambung tido


www.tips-fb.com

4 comments:

Kakzakie said...Reply To This Comment

Memang tak boleh kalau dah sedar tapi tidur balik alamat lewatlah..
Kakak ni dah tua memang susah dah nak bangun lewat.. memang mata dah tak boleh pejam dah tanyalah dgn mak LM kalau tak percaya..

Emy said...Reply To This Comment

Huhu..kdg2 bila terbangun lebih awal drp masa yg kita tetapkan..memang rasa nak tido balik. Dan bila dah tido tu..terlajak la pulak..

Mummydearie said...Reply To This Comment

Entahlah tak tahu kenapa, lepas bulan puasa, liat sungguh nak bangun pagi. Set alarm dua kali tapi dua kali berbunyi, masih lagi nak sambung tidur. Sedar-sedar aje dah lewat. Nasib baik bekal anak saya ni simple pun dah cukup, LM. Kalau tidak, mahu kalut saya pepagi kalau terlewat bangun.

Kira Sakura said...Reply To This Comment

kira sekarang pun gitu kak. kunci jam. tapi langsung tak dengar dia bunyi. dengar2 orang jemaah kat surau depan tu je

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...