Wednesday, August 19, 2015

Apa Itu Power Pumping

Assalamualaikum..

Ingin LM share pengalaman perjalanan /perjuangan menyusukan baby Ariz. nampak nya entri kali ini tidak sesuai dibaca buat kaum adam. Cukuplah ia jadi bahan bacaan buat menambah ilmu kaum adam buat perkongsian mereka dengan isteri masing-masing..

Sejujurnya.. Anak-anak LM sejak lahir mereka terus menyusu campur dengan susu formula. Kurang ilmu, kurang keazaman dan buta tentang 1001 kebaikan susu ibu buat LM tidak memperjuangkan hak anak untuk mendapat ASI(air susu ibu).

Bila dah nak bersalin je nurse akan datang dan tanya nak bagi baby susu apa ye puan? Tu yang berlaku untuk anak pertama dan kedua. 

Tapi bila balik rumah sah la anak akan nak susu ummi cumanya bila 6 bulan je susu drop terus kering macam tu saja. 

Anak ketiga memang LM gigih perah susu hantar ke nicu tapi tak dapat kerjasama dari nurse. Mereka sumbat susu formula:( 

Jenuh kita menapak sendirian dari wad ke nicu mereka campak susu yang kita hantar macam campak sampah tak bernilai. Jawapan mereka.." Lupa la letak mana susu tadi"...

Lama-lama LM bertegas kata jangan bagi susu formula, LM akan datang situ menyusukan baby sejam sekali. Selesai masalah.. Baby pra matang 35 minggu tu sihat selepas hampir dua bulan jaundis.( kes pramatang memang selalu  jaundis nya lama)

Tak lama menyusu bila susu dah drop memang campur susu formula juga akhirnya. 

Bila anak ke empat, nak lahir je terus cakap "baby hantar kat saya ye, saya nak bf"

Alhamdulillah 30 minit lepas lahir baby dah dihantar untuk menyusu walau masa tu ummi dia masih dalam LB lagi( baru lepas jahit bagai..)

Macam biasa, susu drop juga selepas 6 bulan. Sedihnya.. Maka bila hamilkan baby Ariz berazam dan nekad sangat nak susukan hingga 2 tahun. Tapi hampir kecewa sebab tiga minggu lepas susu drop sangat sampai baby tak lena tido macam lapar je. Padahal dia jarang sangat bangun menyusu di malam hari sebelum2 tu..

Apa yang LM buat? Terus gali dan gaki ilmu tentang penyusuan dari insan2 yabg pakar.. Atas nasihat beliau, kena buat power pumping


Gigih pump walau yang keluar berapa titik saja. Pump angin pun takpe janji pump. 

Caranya:
1.pump 10 minit sebelah kanan
2.pump 10 minit sebelah kiri pula
3. Tukar kanan dan seterusnya hingga 60 minit.

Buat sekali sehari sebaiknya dibuat tengah malam hingga ke subuh. 

Jika guna pump double pump saja serentak dan rehat 10 minit. Lepas tu sambung lagi.. Dan lagi. 

Minggu pertama cuma dapat 10 ml saja.. Minggu kedua dapat la sekitar 40 ml. Alahai takat 40 ml tu sekejap sangat baby ariz isap tau! Alhamdulillah hari ni dapat 60-70 ml. Ada peningkatan. 

Soalan:
Kenapa pump, LM kan tak kerja? Bukan ke lebih bagus bagi direct je?

Mesti korang akan tanya gitu kan?

Jawapan: 
1.memang LM ajar baby isap pakai botol biar mudah nak tinggal2.. Tak la kerap cuma dua hari sekali camtu je ajar guna botol jangan sampai tak reti isap puting tu.

2.nak buat power pumping mmg la kena pump.baru kita tau ada ke susu? Banyak mana susu kita? Kalau biasa LM perah dapat 5-6oz.. Bila susu drop dapat 5-10 ml pun dah payah sangat tau. 

Buatlah yang terbaik.. Tiap orang tak sama. Ada yang cepat dapat hasilnya, ada orang lambat sikit.

Siapa yang perlu buat power pumping ni?
1.ibu yang susunya drop cam masalah LM ni
2. Ibu yang nak susukan anak semula setelah berhenti menyusu
3.ibu yang ingin menyusukan anak (bagi yang ada ank angkat). Cara ini untuk merangsang penghasilan susu aya isapan bayi. 

Moga entri ini mendatangkan manfaat buat ibu yang menyusukan anak tersayang. Jika dah buat power pumping tak berjaya.. Mungkin
1. Minum air tak cukup(tiap 25 kg berat perlu minum 1 liter air-sekurang2 nya ye..)

2.ibu tak jaga pemakanan

3.ibu berada dalam emosi tak stabil dan kesedihan.

Moga kita semua sedar betapa pentingnya susu ibu buat anak-anak. 



www.tips-fb.com

3 comments:

Aisy Nasiha said...Reply To This Comment

Ha.. memang betul sangat bab minum air meati banyak tu.. saya jenis tak minum banyak, tapi demi menyusukan nazif secara ekslusif masa 6 bulan tu sanggup saya minum air 3 liter sehari dan amik supplement.. alhamdulilah berjaya. Lepas tu kembali minum air sikit.. hihi.

Kira Sakura said...Reply To This Comment

semoga berjaya kak. selamat berjuang. alhamdulilah kira masih menyusukan uwais walau bukanlah secara eksklusif. tapi itu pun dah cukup bersyukur ada jugak rezeki. lebih banyak susu badan dari formula. syukur sangat

Mummydearie said...Reply To This Comment

Saya kiranya dah terlambatlah, LM. Masa lalu tak dapat diulangtayang. Anak-anak saya dapat minum susu ibu pun tak sampai sebulan. Lepas tu beria-ia minum susu formula sampai membesar bagai juara masing-masing. Rasa ralat juga sekarang bila para ibu sibuk bercerita tentang kepentingan susu ibu bagai ni tapi macam saya kata, dah terlambat sungguh sekarang ni :(

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...