Tuesday, August 18, 2015

Ayam Goreng Pandan Caraku

Assalamualaikum

Tiba-tiba tekak ni teringin sangat nak makan ayam goreng pandan gara-gara terlihat gambarnya lalu di depan mata. 

Baru bau dah teringin ye? 

Haaaa.. LM tak pernah makan pun ayam goreng pandan ni. Jauh sekali membuatnya, lagi lah tak pernah .

Bila teringin tapi tak cukup bahan asas memang rasa macam arghhh geram sangat. Daun pandan takda. Sebenarnya daun pandan kami baru nak hidup. Dah la masa buat tembok keliling rumah dia bagai nak mati je sebab asik terpijak dan terkena simen dan batu bata. Dia baru nak segar LM dah ambik. Ampun encik suami.. Terpaksa ambik sebab dah takda  pilihan.

Daun pandan baru nak hidup , pendek dan tak lebar daunnya. Hihi jadi la.. Walau tak berbungkus semua dapat lilit sikit pun jadilah. Ambik bau.



Haha jangan la gelak.. Kesian kan?

Memandangkan baby ariz tak tido semasa proses membalut, LM tak sempat mengecilkan saiz ayam ikut saiz daun pandan. Takpalah.. Saja cuba2. Makan seisi keluarga takda orang nak komplen pun. 

Belum goreng lagi. Tak tau la apa rasa dia. Tapi haruslah LM buat ikut citarasa tekak ni yang gemar kan rasa pedas-pedas.

P/s:Tak sabar nak cari daun pandan besar lain kali nak cuba buat lagi.
www.tips-fb.com

4 comments:

Aisy Nasiha said...Reply To This Comment

Menarik nampaknya warna aym dan pandan ni.. tak kisahla apa asalkan sedap di tekak kita kan..

atiqah subkhi said...Reply To This Comment

wahh boleh cuba ni :D

Kira Sakura said...Reply To This Comment

kitorang tanam pokok pandan tapi tak boleh hidup, dia matihuuuu

Mummydearie said...Reply To This Comment

Ohhhh...rupa-rupanya dia pun tak pernah buat! Okeylah tu, kita boleh geng ^_^ Aduhai, kenapalah terbaca pasal ayam pandan pulak. Tetiba datang lapar. Tadi waktu lunch beria-ia pujuk hati jangan makan lunch. Sekarang dah kebulur pulak rasanya!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...