Thursday, August 13, 2015

Baby Ariz -Duduk

Assalamualaikum...

Bila terlihat keletah baby Ariz terasa betapa pantasnya masa berlalu. Sekejap saja baby Ariz dah lima bulan. Dah pandai duduk, dah boleh gaduh dengan abang apit rebut pensil warna, dah rebut handphone ummi (masuk mulut handphone ummi masa abg tengok upin ipin). 


Ceruk-ceruk.. Tempat semput semua jadi kesukaan dia. Bagilah toto ke apa ke suruh dia guling situ tetap dia minat nak main kat tempat bahaya dan ceruk yang sempit.

Almari tv memang ummi paling ngeri bila dia main di situ. Pemegang laci tu agak tajam boleh buat kepala botak dia luka tapi situ juga yang dia suka main.

Bila kita panggil ajak main tempat lain senyum lebar yang dia hadiahkan. Tak jadi ummi nak marah. Hadang  bantal sana sini biar dia tak ke sana dia alih tolak bantal tu:(

Aduhai anak.. Kalau dia tak tidur memang tak berani nak buat kerja. Risau dicapai benda bahaya. Risau tersangkut bawah kerusi... Risau memanjang ummu ni kan?


www.tips-fb.com

5 comments:

Kakzakie said...Reply To This Comment

Lebih baik kita risau daripada kalau dah terjadi menyesal tak guna
Geram betul tengok pipi dan tangan gebusnya tu kan:)

Kakcik Nur said...Reply To This Comment

Kena perhatikan selalu agar tidak mendatangkan kecederaan...

ummi aqilah (LM) said...Reply To This Comment

Betul tu kak zakie, takpelah layan dia kejap. Janji depan mata kita blh pantau dia

ummi aqilah (LM) said...Reply To This Comment

Dpn mata pun blh tersungkur masa dia belajar merangkak mak. Tu yg kena awasi selalu

Mummydearie said...Reply To This Comment

Oh, tetiba nak sambung cerita buai, LM! Keh3x.... tumpang entri yerk nak karang entri dalam komen ~_^

Adik Cute tu kalau tidur dalam buai, memang saya dok tersengguk depan buai. Sakit badan macamana pun tetap baring atas lantai buaikan si kecil ni supaya lena tidurnya. Tetiba satu hari di hari raya, saya lepaskan buai sekejap nak bersalaman dengan tetamu yang nak balik, dia boleh bangun dan terus tertonggeng jatuh atas lantai. Berderau darah saya, takut tak tahu nak kata apa. Nasib baik tak cedera teruk, hidung aje berdarah sikit. Dengan risau lagi, dengan kena marah emak, kakak dan suami lagi, tension oi. Itu depan mata kita, kalau kita takda kat situ, entah apa lagi boleh berlakukan.

Time macam ni paling saya takut kalau anak mengutip kat lantai. Oh, serius seram!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...