Tuesday, August 11, 2015

BBQ Raya ?

Assalamualaikum

Bbq?
Kami memang suka buat barbeque sejak dulu lagi. Si ayah rajin melayan hidupkan api dan mengadap asap berkepul-kepul tu.

Dulu masa duduk paka rajin bbq sebab kami menyewa rumah semi-D dapat lah bebas sikit bbq tanpa terlihat dek pandangan jiran sebelah. Kebetulan sebelah rumah kami tu kilang.. Maka terlindung dek tembok tinggi. Balas dendam sebab rumah kat segamat tak bebas nak bbq tak syok la asap2, berjiran kongsi dinding kan..

Bila pindah ke qatar lagi la rajin bbq sebab rumah kami tembok tinggi2, bbq belakang rumah takda sape yang peduli pun. Tu yang best!

Lagi pun bila piknik gi beach, gi crabbing laki duk tangkap ketam bini-bini tukang makan bbq yang dibakar masa baru2 sampai tu. asal piknik je wajib lah bbq.. Takda kerja lain duk angkut arang ke sana sini.. Hehe

Bila pindah sini lagi la suka sebab rumah tak kongsi dinding dengan jiran. Bebas bbq bila-bila masa terlindung dek pandangan jiran. Tak la segan sangat..

Last buat bbq rasanya dekat2 nak bersalin dulu. Haaa lama betul tak buat kot? Ops tak buat kat rumah la maksudnya, masa seminggu sebelum bersalin tu kami bbq di air terjun. Hehe.. Gigih angkut ayam nak bakar kat sana. Aduh duh..

Ni kisah ahad lepas.. Bos besar tambah sikit ruang tepi dapur kami buat atap dan buat lantainya elok sikit. Konon tempat bersantai2. Apa lagi, bila siap je tak sempat nak gilap tiles tu dengan asid masih berkepuh2, anak2 dah ajak bbq.

Lepas asar baru mula bersihkan segala ayam udang untuk diperap. 


Ingatkan dorang nak bakar ayam dengan sosej je. Rupanya udang dan sotong pun nak dibakar jugak. Sobsss pengsan ummi mencucuk semua tu. nak laju2 takut tertusuk jari pula.

Entah berapa trip si ayah membakar. Budak2 ni seronok la makan je . 

Makan gini tak jadi apa pun kat celah gigi ummi. Maka wajiblah ada nasi kosong. Tak rajin ummi nak goreng nasi kalut2 tu. 

Bila agih sikit hasil yang dibakar tu kepada jiran, dia balas sepinggan rendang daging sedap. Perghh sepinggan okey! Bukan sepiring. 

Alhamdulillah rezeki.. Makin padat la pinggan nasi ummi dengan rendang bagai.. Hehehe

Bara api yang ada tu tak dibiar begitu saja.. Ayah berkejar semula ke pasar beli daging. Kami buat daging salai . Boleh juga dibuat gulai bersama belimbing buluh nanti.

Anak-anak happy ummi pun happy. Tak jalan redah jammed pun takpa asal ada aktiviti bersama, tu yang penting buat ummi. 
www.tips-fb.com

4 comments:

Kakzakie said...Reply To This Comment

BerBBQ di rumah memang satu aktiviti yg menyeronokkan
Kakak dah lama tak buat tau..

Diana Rashid said...Reply To This Comment

Rajin..saya jarang2 buat BBQ..setahun 2,3 kali ja kot..kalau nak buat boleh hari ahad je sebab biasanya jiran2 tak dak..tak mau la ganggu depa dengan asap..selalu nya nak makan yang bakar2 ni guna oven je la..hahahah

ejulz said...Reply To This Comment

waaaa.. sedap...

Mummydearie said...Reply To This Comment

Bercakap pasal bbq, saya sekeluarga pun dah lama tak buat bbq. Kalau dulu, rajin sungguh panggil kakak dan keluarganya datang rumah sebab nak berbbq ramai-ramai. Seronok!

Nak pi cari tempat bbq kamilah. Dah lama tak guna, kotnya dah berkarat dok simpan je tu!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...