Sunday, August 2, 2015

Belajar Duduk-Baby Ariz

Assalamualaikum

Baby Ariz dah dapat duduk sejak seminggu ni. Dua tiga hari ni dia makin kerap buat dan tengok tv pun dia dah duduk senget camni..




Akhirnya dapat juga dia duduk. Ye lah..sejak 4 bln setengah dia dah gigih naikkan lutut angkat bontot nak belajar duduk masa raya haritu.. Bila dah dapat terus senyap mulut dia. 

Aritu sambil angkat bontot sambil menangis merungut.. Hihi

Dah takda kes tersembam muka kat lantai dah. Ummi lega sikit. Kalau tak kena duk perhatikan dia tak boleh tinggal sebab takut dahi dia benjol tersembam 

5bulan 1minggu.. Kejap je baby Ariz dah besar.  Setakat ni tak takut orang lagi, boleh dikendong mak2 sedara dia ke sana sini uli2 jadi roti canai. Hihihi

P/s: owh ye.. Dah seminggu kot LM asingkan tidur. Dari pembacaan LM makin besar baby makin payah nak asingkan tidur. 

Dia makin lasak, takut dia jatuh katil. Tu yang biar dia tidur kat katil dia sendiri. Masih bersambung dgn katil kami, cuma lebih selamat utk dia. Bila2 je boleh pasang penghadang tu.. Ummi bukak sebab mudah nk susukan dia malam2. 


Ada yg kata kenapa takmo tido bawah? Errr tilam berat wehh nak angkat tutun bawah. Ummi sakit belakang tak leh tido kat toto. Kalau tak.. Tiga hari berdenyut takleh bangun nnt. 


www.tips-fb.com

3 comments:

Aisy Nasiha said...Reply To This Comment

Yey..baby dah makin tambah kepandaian.. tak lama dah nk dapat kaki ler tu.. ai makin slim ler umi lepas ni nk mengejar Ariz..

Ha.. bab asing tidur awal2 ni saya pun nk beringatla kalau beranak lg lepas ni.. nazif ni sampai sekarang kalau xda mama xnak tdo.. ambil pengajaran dari kes nazif ni.. kena buat mcm LM ni..

najihah sahami said...Reply To This Comment

sekejap je besar kak..nanti xlama boleh jalan pulak..lepas tu nnti boleh la join abang2 kemaskan umah. hahaha.

Mummydearie said...Reply To This Comment

Ya, Allah! Dari belakang bambam sungguh si kecil LM ni tau! Tengok dari belakang aje dah rasa macam nak picit-picit geram ~_^

Samalah kita LM. Tak mahu ngaku tua tapi kita pun tak boleh tidur kat lantai. Tidur atas toto lagilah no-no-no. Mahu 2,3 hari lepas tu sakit segala sendi badan. Tergendala semua kerja nanti :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...