Sunday, August 23, 2015

Bila Seharian Tiada Di Rumah

Assalamualaikum..

Allahu Akbar...
Pagi tadi rasanya sebelum tinggalkan rumah LM dah siap cuci pinggan mangkuk. Kononnya tak la semakin letih bila ada pinggan mangkuk menimbun di sinki .

Tinggalkan dua anak di rumah yang dah tau buat air sendiri, tuang makanan sendiri pastilah kalian tahu apa hasilnya kan?

Bila pulang dah lewat petang sibuk itu ini dah pukul 10 baru sempat kosongkan sinki. Cawan bersih yang biasa digunakan untuk tiap hari tinggal sebiji dua saja? Amboi?? Pinggan bersusun2 dalam sinki? Uik??

Selesaikan tugas menggosok pakaian sekolah esok dan lusa serta baju kerja dan pakaian ke masjid incek suami dulu. Zikir- zikir dalam hati pujuk hati jangan marah dan bersemangat selesaikan tugas ..

Ummi: awak semua makan minum tak cuci pinggan ye?

Kakak: akak basuh, adik ad yang tak basuh.

Hurm.. Alahai anak bujang ku. Tau dah.. Si dia ni rajin buat air ribena la, kejap horlicks la, jap lagi milo la.. Boleh tau berapa gelas dia guna sepanjang hari ni. Nak- nak tadi bila kami balik mereka sambung pula makan lemang dan rendang  yang kami beli, bertambah bersusun lah pinggan di sinki.

Mujur sempat zikir pujuk hati agar jangan marah. Ye la.. Badan letih tengok penuh meja jepun tu dengan cawan, mug, gelas, pinggan.. Sinki pun hampir penuh mau tak pitam? Badan letih ni kepala ingat bantal je. Hehehe. 

Tapi ada hikmah juga. Bila tak marah, hati tenang lima belas minit selesai semuanya. Mana mungkin kita tido dengan meja kotor pinggan kotor penuh satu sinki kan? Esok tak pasal- pasal bangun pagi moody mengadap kerja tertunggak tu. 

Syukur.. Kisah pakaian yang wajib gosok dah selesai. Esok tinggal urus pakaian yang nak di lipat saja. Sambil layan baby boleh lipat. Takda masalah...

Anak bujang 10 tahun ni angin pasang surut. Kalau mood rajin kemain lagi basuh pinggan. Tapi hari ni mood merajuk dia datang sebab tak dapat ikut lawat atuk dia tu yang moody semacam. Sian pula kakak tinggal sorang. Biarlah dia teman boleh study juga . Mandi pun pukul 1 tengah hari katanya, sah la merajuk sakan cuma tak tunjuk kat ummi ayah je. Siannya.. Moga pembedahan atuk lusa nanti berjaya dan lancar. Minimum 6 jam operation tu nanti. 


www.tips-fb.com

6 comments:

cikel said...Reply To This Comment

Salam..kesian sy baca bila balik pinggan mangkuk byk kne basuh..mmg penat kalo macam tu
Sy tak tahula..mgkin sbb sy perempuan dan ayah sy seorg yg sgt tegas..maktiri sy pulak kuat berleter..sejak umur 8 tahun lagi sy dh pandai basuh pinggan mangkuk terutama yg sy pakai..lagipun kalo tggl je di sinki..pasti akan dileter dan dimarah..lama2 tabiat basuh sendiri tu muncul sbb taknk dileter..hahaha...

Emy said...Reply To This Comment

Huhu...saya paham keadaan itu..kdg2 saya terpaksa buat sendiri semua..yg sulung baru 8 tahun..

Aku Ibu Muda said...Reply To This Comment

Mujur juga dah ada anak2 yg pandai basuh pinggan sis... Anak sulung sy umur 6 tahun rajin nak tolong tp sy tak harap lg...hehe..hasilnya...kalau sy tertidur sekejap...penuh la sinki tu nanti. Anak2 dah pandai tuang air sendiri. Tapi punggah semua cawan yg ada

atiqah subkhi said...Reply To This Comment

moga dipermudahkan urusan atuk. aamiin. macam mana degil seorang anak, merekalah penyeri hidup. subhanallah :)

Mummydearie said...Reply To This Comment

Kalau ada anak perempuan dah besar ni, lain sikit ya, LM. Tak berapa pandai buat kerjarumah pun masih boleh diharapkan. Anak-anak lelaki saya lagilah manja. Dah saya kata, mandi pun main masuk bilik air je. Dah siap nanti baru perasan towel tak letak lagi di tempatnya. Main panggil bibik ajelah!

Kalau balik kerja rumah macam kapal karam, memang cepat rasa hati nak marah. Mulalah moody semacam. Kalau tak kena gaya, memang memekak ajelahkan. Tapi itulah, kalau boleh tahan sabar, insyaAllah, selesai kerja cepat. Ada banyak lagi masa terluang untu spend dengan anak-anak!

Kira Sakura said...Reply To This Comment

ohhhh merajuk. patut la pun. tapi memang boleh pitam tengok pinggan mangkuk bersusun macam tu. dah penat lagi tambah penat nguuuuu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...