Tuesday, August 25, 2015

Cara Membuang Lebihan Minyak Masak

Assalamuaikum

Minyak masak..

Dah goreng itu ini pasti ada lebihan minyak masak yang perlu di buang. Bagaimana cara kalian buang?

Ada yang beli di pasarab serbuk yang boleh menyerap minyak masak ni dan apabila dah bergumpal mudah dibuang. Tapi tak   'rajin' la LM nak bermodal untuk semua tu.

Maka.. 
Plastik bungkus  nasi lemak yang saiz kecik tu amat bermanfaat dalam urusan membuang lebihan minyak masak di rumah ni.




Mudah saja... 

Masukkan beberapa helai surat khabar ke dalam plastik tadi, kemudian tuangkan lebihan minyak masak/minyak kotor di dalam plastik. Surat khabar tu berfungsi menyerap minyak tersebut.

Lepas tu ikat ketat-ketat dan buang. Selesai...

P/s: masih ada lagi insan yang buang minyak dalam sinki ke? Ish ish ish...
www.tips-fb.com

5 comments:

Diana Rashid said...Reply To This Comment

saya macam orang lain..guna serbuk tu..heheh..tu je cara yang mudah tak bagi tong sampah kotor..ekekek..

Ummu Athiyah Ismail said...Reply To This Comment

Nice info...sebelum ni curah kat rumput hehe..
thanx for sharing

Entri terbaru Cara Atasi Kulit Berminyak dan Berjerawat

Suria Lekatlekit said...Reply To This Comment

letak dalam botol dah penuh buang dalam tong sampah.. tu cara saya hehehe

Kira Sakura said...Reply To This Comment

kira buang dalam botol kecik yang dah tak guna. botol air yang kita beli kat kedai tu. kira memang spesies simpan botol dalam plastik besar. nanti nak pegi jual hihihihi. plastik kecik biasa guna tuk ikat pampers uwais yang beryayik. kalau buh minyak nanti plastik kecik berkurang hihihi :p

masuri24 said...Reply To This Comment

Saya letak sabun serbuk and buang dalam singki.,

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...