Friday, August 28, 2015

Dialah Penghibur Hati

Assalamualaikum...


Hati masih terganggu dan tidak tenteram memikirkan ayahnda. Ada kisah mengejutkan sewaktu operation tu. apa pun kami bersyukur doktor cepat bertindak dengan izin Allah ayahnda masih ada lagi untuk kami menumpang kasih:(

Nantilah.. Bila ayahnda dah sedikit sembuh, atau sudah nampak okey dah pindah wad biasa akan LM ceritakan kisahnya. Masih terkejut dengan perkhabaran ini nak-nak LM hanya mendengar cerita tanpa mampu melihat ayah di depan mata.. 

Bila sedih, hati sangat pedih. Tapi tetap bersyukur Allah kurniakan kita pelbagai cara untuk rasa bahagia walau hati sangat sedih bila memikirkan ayah


'Mengemas'.. Bahaya betul! 

Habis ditarik decoder open box tu. main wayar la pulak. Bahaya dik oi.

Agaknya dia busy carik habuk kot? Ummi malas nak lap habuk dia la yang tolong gilap rumah.. Ehehe


Yihaaa dia dah dapat rembat kurma ummi. Selagi tak buka hulur kat mulut dia selagi tu lah dia duk belek paket kurma tu. 

Bila ummi suap kat mulut ummi, kunyah2 nak bagi hancur sebelum sua ke mulut dia, laju je dia korek mulut ummi nak cari kurma yang lesap di mulut ummi.

Ish!! Sejak kelmarin dia dah pandai korek mulut ummi bila ummi makan. Geget pipi tu tau la.


www.tips-fb.com

5 comments:

ejulz said...Reply To This Comment

hehehe.. umo camni la suka nak capai barang2.. hehe..

ejulz said...Reply To This Comment


Jom join GA ni "Giveaway Merdeka 2015 Mialiana.com"

antara entry terkini 1. "Aktiviti hujung minggu"
2. "Merdekaria Bersama Anakbonda"
3. "UK20 The Bus"
4. "Giveaway 1.0 by ENA"








simplybeautyhealth said...Reply To This Comment

Comelnya.. hahah nak jugak dia makan kurma tu

hamizah che mat said...Reply To This Comment

bila anak2 dah besar x merasa dah. hehefollow blog saya

Mummydearie said...Reply To This Comment

Bestlah sekarang dah ada pembantu lap habuk. Hahaha... Baby Ariz, oh Baby Ariz! Awatlah gebu ni? Geramnya! Bukan ummi aje nak cubit gigit-gigit, kalau dapat kat aunty pun habislah pipi gebu awak tu tau!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...