Friday, August 28, 2015

Gulai Lemak Cili Api Ikan Tenggiri

Assalamualaikum

Rutin harian hampir sama tiap hari tapi masih kalut duk fikir lauk apa nak dimasak. Sepatutnya buat la jadual untuk menu seminggu.. Kan senang? Haish

Hari ni projek menghabiskan stok lauk. Maka.. Ini je lah hasilnya



Maaf gambar tak seperti rupa sebenar. Handphone cap kepala ayam memang camtu.. Ekeke

Kebetulan cuma ada 4 ketul ikan tenggiri maka LM gulaikan ni saja.

Bahan
4 ketul ikan tenggiri
1/2 genggam cili api*
1/2 inci halia*
1/2 inci kunyit hidup*
5 biji bawang merah*
7 biji belimbing buluh(belah dua)
Garam secukupnya
Santan 2 mangkuk kecil/secukupnya
2 batang serai(diketuk)

Cara: kisar bahan bertanda *. Masukkan santan dan campur bahan dikisar tadi. Masak hingga santan sedikit mendidih dan terus masukkan ikan dan belimbing buluh . Masukkan serai,Rasa kan garam.

Pastikan kacau sentiasa agar tidak pecah santannya.

Masak gulai-gulai ni incek suami gemar la. Lauk sendiri belum sempat masak lagi. Kalau malas sangat masak telur kicap patah cili api je la .. Boleh gitu? Janji pedas.. Dah la. 


www.tips-fb.com

4 comments:

Sherwieyna Muzzawer said...Reply To This Comment

Salam. Samalah kita. saya pun hari hari pening nak masak menu apa untuk family..hehehe. Yang awak masak ni pun dah kira okay tau nampak sedap je.

Selamat hari merdeka!

Mummydearie said...Reply To This Comment

Sehati kita, LM :) Tapi dua hari lepas saya buat daging masak lemak cili padi. Buat macam selalulah ~ untuk 10 orang makan kenduri. Makan, simpan dalam peti sejuk pastu keluar, panaskan dan makan lagi sampailah habis! Nasib baik kali ni si Abang suka pulak makan daging. Selalunya kalau masak lemak macam ni dia suka ayam sahaja. Ayam dah kena ban dari masuk rumah!

Ikan tenggiri, alahai... sedapnya!

Aisy Nasiha said...Reply To This Comment

Samalah kita nampaknya.. saya buat lauk ikan masak lemak juga hari ni.. tapi saya letak cili sikit je. Asik pedih perut je kebelakangan ni..tu yang kurangkan pedas

Diana Rashid said...Reply To This Comment

saya suka ni..tapi suami tak suka..jadi saya jarang buat masak lemak ni.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...