Thursday, August 6, 2015

Hujan Di Pagi Hari..

Hujan..

Sekarang musim hujan ye? Kalau kat tanah arab dulu masuk je awal june sampai la ogos-september bulan yang paling panas. Time summer ni lah anak2 cuti sekolah dan perintah berkurung di siang hari. Nak keluar pun tak selesa dengan panas 48-52 degree di siang hari. Kadang2 tu lebih panas dari tu pun ada.

Tak sangka pula sejak ramadhan aritu kerap hujan. Bulan syawal ni pun hari2 hujan kat sini, tapi kat kampung LM payah betul nak hujan . Kata bonda sana dah berminggu tak hujan.

Bila hujan, segala pergerakan jadi lambat. Bukan pergerakan kereta sebab jalan jammed tau! Tapi pergerakan kaki tangan  LM ni ha.. Rasa macam nak landing tepi baby layan dia je. 

Nak sidai pakaian pun tak boleh, nak buat apa pun tak tau(haaa ini tipu! Banyak je kerja)

Bila hari hujan, perut happy ayah belikan nasi kerabu tanpa budu terus jadik ular je la.. Tq ayah , sian dia terpaksa beli dua bungkus gara2 peniaga dah terletak budu dlm bungkusan pertama tu.

Ops tak yah tanya kenapa LM tak mkn budu. Tak perlu cerita kot apa kebaikan budu LM tau dah. Memang dah try dah cuba banyak kali tak boleh juga serasi dengan budu, maka pasrah je la. Ada org tak makan belacan, ada orang tak boleh telan cencalok, ada orang tak makan nampla.. So apa lah peliknya bila LM tak makan budu kan? 

P/s:kedai makan pantai timur selalu je letak budu dlm nasik goreng kampung kan? Lidah i blh tau .. Huhu
www.tips-fb.com

2 comments:

Kakzakie said...Reply To This Comment

Kalau hujan masa org dah pergi kerja/sekolah ok sikit tapi kalau time masa nak keluar rumah memang sikit leceh - tapi bagusnya tak payah siram pokok, jimat:)

Mummydearie said...Reply To This Comment

Semua yang disebutkan kita tak makan termasuklah nasi kerabu sekali! So memang tak payahlah tanya kenapa. Hahaha!

Hujan-hujan ni memang tidurlah paling sedap. Bersantai atas katil tak buat apa-apa pun best juga tapi memang rare terjadilahkan!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...