Tuesday, August 11, 2015

Hujan Mencurah-curah

Assalamualaikum..

Hujan .
Hampir setiap petang hujan di sini tapi hari ni kena ngam-ngam time anak-anak tamat waktu belajar di sekolah agama.

Dah hujan lebat nak tak nak memang wajib ambil walau dekat. Dengan baby ariz lagi.. Dengan terpaksa berpayung nak ambil mereka dalam kawasan sekolah(sekolah mereka tepi jalan,memang kena masuk gate intai baru anak2 nampak kita jemput mereka). Sekolah kecil, tapak sementara je kot.. Tu yang padat dan sesak. Time hujan begini bertambah parah bila ibu bapa berebut nak parkir kereta tepi jalan berhampiran dengan kawasan sekolah. Anak- anak pula cuma diberi keluar masuk ikut gate kecil. Urusan keluar masuk murid jadi lambat dan payah sebab gate sangat kecil yang tak boleh berselisih dua orang pun.

Anak- anak ni bila hujab begini pasti inu ayah menjemput mereka. Mereka dah berdiri tepi gate tu nak intai manalah ibu ayah mereka. Basah kuyup juga LM tadi walau berpayung sebab anak-anak tak boleh keluar sebab gate sesak dengan rakan2 yang tak sabar menanti ibu ayah mereka jemput di pintu pagar.

Paling tak sedap.. Terdengar ustazah muda bersuara"hoi.. Yang korang berdiri dekat gate tu kenapa? Tak tau2 nak masuk dalam?"

Mak aii ayat? Ustazah tu? Ustazah sekolah agama tu!!

Tak selera LM nak intai muka ustazah tu. sepatutnya intai kejap nak tengok lawa tak? Bahasa 'lawa' sangat pasti muka pun lawa kot?

Pendidik.. Kita ni bukan menganar ikut buku saja. Ilmu didada perlu ada.. Didik anak murid etika dan akhlak , kita kenalah tunjuk akhlak budi bahasa yang baik.  Terkejut.. Sentap sangat dengar ayat tu.

Maaf la.. Bertahun kot LM mengajar di sekolah agama masa kat johor dulu. Kami pakai apa, buat apa semua guru besar perhati dan tegur. Nak didik anak2 ni bukan mudah. Guru kan salah satu idola mereka. Kalau tak percaya.. Cuba tengok ayat anak2 kita.." Cikgu kata.." "Cikgu suruh.." Semua cikgu! Ye tak?

P/s:hujan2 ni jangan lupa doa yang baik2 ye.
www.tips-fb.com

5 comments:

Kakcik Nur said...Reply To This Comment

Anak2 lebih mendengar kata2 cikgu dari kata2 ibu... :)

ejulz said...Reply To This Comment

betul3.. hehe

Aniey Yusoff said...Reply To This Comment

Betul sgt tu..anak2 kita ni lebih dgr cikgu cakap dari kita..asyik2 cikgu bgtau..
Guru2 adalah lambang idola yg terbaik utk anak2 patutnya..hurmm doa yg baik2 je la utk anak2 kita dan semua guru2..

Mummydearie said...Reply To This Comment

Semalam hujan lebat betul masa nak balik kerja. Jadi takutlah pulak memandu. Mata saya ni kalau dah terlalu lama pakai spek memang jenuhlah nak 'adjust' balik. Blur semuanya!

Sekolah Cina anak saya tu kalau hari hujan, cikgu benarkan pagar besar dibuka dan emak bapak boleh datang sampai ke kelas, bawa payung ambil anak-anak yang tengah beratur di tepi kelas masing-masing. Tapi tau ajelah emakbapak ni ada juga yang tak makan saman. Bila gate buka aje terus meluru macam masuk lumba lari 100 m gayanya.

Dah nama cikgu, kenalah bahasa elok sikit. Lagi-lagi sekolah agama. Hoi, hoi ni bahasa orang bercakap tak guna akal biasanya :)

Nurul said...Reply To This Comment

Amboi cantiknya bahasa, yang baca ni pun terus tersentap, apatah lagi orang yang mendengarnya :(

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...