Friday, August 14, 2015

Jangan Tangguh Kerja

Assalamualaikum..

Apabila kita rasa kita letih, rutin yang sepatutnya terus kita tolak ke tepi dan abaikan dengan niat ingin berehat. Tapi, bila dah berehat dan menangguhkan kerja ia akan buat kita lebih letih dengan kerja yang bertambah dan menimbun.

Sebagai contoh kita ambik saja tentang kerja melipat pakaian. Bila terlalu letih kata rasa takpalah nanti buat. Esok pagi tak juga lipat kononnya nanti lipat sekali dengan kain hari ni. Ops bila kain harini dah kering kita mula terkejut "banyaknya?" 

Tak habis lipat kita angkut sorok di bilik lain. Biar lega mata tak lihat gunung sahara. Esoknya cuti sibuk ke sana ke sini sabtu ahad tak melipat pakaian. Cuci baju tetap juga di cuci setiap hari.. Akhirnya??

😱Empat hari punya kain tak berlipat. Mulalah kata monday blues la apa la .. Padahal diri sendiri yang hari nahas bertangguh kerja. 

Jangan la sentap. LM menaip atas pengalaman sendiri. Diri sendiri pernah alami tu yang memotivasikan diri jangan bertangguh kerja. 

Kalau anak tak ramai boleh la sangkut pakai hanger je baju tu lepas angkat dari jemuran terus humban dalam almari. Ni kami bertujuh seisi keluarga agak2 berapa ratus hanger perlu disediakan untuk kisah malas melipat baju? Hehehe

Malas? Marilah kita makan vitamin R. Kui kui kui..


www.tips-fb.com

6 comments:

Shark Kay said...Reply To This Comment

kena atas idung nie..
hehehe.
mmg susah nk buang tabiat nie.

Diana Rashid said...Reply To This Comment

saya yang pakai hanger ni pun kadang kain2 seluar yang besar2 tu kena lipat tapi tak berlipat..malas punya pasal la..anak dua dah malas..belum 5 lagi..hahah

ejulz said...Reply To This Comment

mana boleh dapat vitamin R? hehe.. nak beli.. hehe

ejulz said...Reply To This Comment


Jemput singgah "Mencari Blogger Untuk Review Produk"

Kira Sakura said...Reply To This Comment

hahahahaha kena sangat diri sendiri :p

tapi alhamdulilah nadh ringan tulang. kadang tu saje buang hanger dari baju. timbun atas tilam tu nak senang lipat balik keja petang kang. tapi bila petang tengok dah siap berlipat. walau lipat tak macam kita tapi pejam mata je simpan dalam lemari elok2. itu pun nak jugak dia tolong lipat kan. kang banyak songeh kang langsung dia taknak tlong padan dengan muka sendiri :p

Mummydearie said...Reply To This Comment

Okay, saya mengaku sekali-sekala saya tangguhkan juga kerja! Saya ni ada masanya mata memang tak boleh tahan, pukul 8 malam dah letih sungguh (tapi cerita Korea kalau boleh tak mahu miss pun...) Jadi ada masa saya tidur dulu suruh anak kejutkan pukul 10 malam bila dia nak tidur. Kononnya nanti sambunglah buat kerja rumah. Bila kita bangun balik konon dah segar bugar mata ni sebab dah rehatkan minda dan mata, tetiba tengok kerja tak habis-habis sampai lewat tengah malam. Bila dah lepas tengah malam tu memang tak boleh tidur. Akhirnya tak cukup tidur. Esok jadi semula tak cukup rehat. Moral of the story, jangan tangguh kerja lagi banyak kerja jadinya!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...